Cantik

Jerawat Muncul Di Anggota Badan Boleh Jadi Ada Masalah Kesihatan, Ini 8 Kawasannya!

8
SHARES
tanda jerawat muncul

Jerawat merupakan masalah kulit yang biasa dialami manusia. Siapa sangka tanda jerawat muncul pada kawasan tertentu di tubuh badan boleh memberi petanda kepada masalah kesihatan.

Melalui laman Fimela, terdapat beberapa kawasan yang sering timbulnya jerawat seperti di dagu, punggung, dada dan sebagainya. Justeru itu, mari lihat potensi penyakit apa yang terkait pada setiap kawasan tersebut.

Baca juga: “Eh Kenapa Mata Tu Terkedip-Kedip?” Doktor Jelaskan Puncanya!

TANDA JERAWAT MUNCUL DI BADAN

tanda jerawat muncul

1. JERAWAT DI DAGU

Jerawat yang muncul di dagu dipengaruhi oleh hormon. Ia perkara normal yang terjadi kepada golongan remaja sekitar 20an hingga usia 30an.

Namun, kajian menemukan sekiranya jerawat timbul di dagu ia menunjukkan bahawa usus besar sedang mengalami masalah. Masalah alergi terhadap makanan tertentu atau pola makan yang tidak bagus.

2. JERAWAT DI PIPI

Selain itu, jerawat yang muncul di pipi menunjukkan adanya masalah kesihatan di paru-paru. Meskipun begitu, penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai dengan jenis kulit turut mempengaruhi jerawat yang muncul di pipi.

3. JERAWAT DI KENING

Jerawat timbul di kening pula menunjukkan adanya gangguan pada sistem pencernaan. Kemungkinan ia juga terkait dengan masalah kesihatan pundi kencing atau kesihatan perut.

Namun, secara umumnya hal ini juga berkait rapat dengan pola makan dan cara diet.

4. JERAWAT DI HIDUNG

Timbulnya jerawat di kawasan ini menunjukkan kesihatan jantung yang berada dalam keadaan kurang baik. Ini juga menandakan tekanan darah dan kolestrol dalam tubuh adalah tinggi.

Kebiasaannya, jerawat di hidung akan muncul apabila anda kerap mengambil makanan ringan, berlemak dan pedas.

5. JERAWAT DI LEHER

Munculnya jerawat di leher oleh kerana hormon dalam tubuh sedang tidak seimbang. Ini juga boleh terjadi kerana anda dalam keadaan tertekan.

6. JERAWAT DI ANTARA DUA KENING

tanda jerawat muncul

Kajian menunjukkan jika jerawat muncul di antara dua kening, ia menunjukkan adanya masalah pada hati. Selain itu, pengambilan alkohol, susu atau makanan berlemak yang tidak boleh dicerna dengan baik oleh tubuh turut mempengaruhi munculnya jerawat di kawasan tersebut.

7. JERAWAT DI PUNGGUNG

Masalah pencernaan merupakan asbab munculnya jerawat di punggung. Makan terlalu banyak dan berlemak juga boleh menyebabkan ia muncul di kawasan tersebut.

Selain itu, baju yang kotor, berpeluh dan panas meningkatkan lagi timbulnya jerawat di punggung.

8. JERAWAT DI DADA

Pola makan yang tidak sihat dan sensitif terhadap makanan tertentu boleh menyebabkan munculnya jerawat di dada. Kemunculan jerawat di bahagian tubuh ini juga terkait dengan sistem pencernaan yang bermasalah.

Bagi mencegah ia muncul di dada, anda boleh menghindari makanan pedas terlalu banyak.

KESIMPULAN

Para pembaca sekalian, pastikan anda mempunyai pola kehidupan yang sihat, mengikuti diet yang betul, menjaga kebersihan diri setiap hari dan mengawal stres dengan baik untuk menghindari jerawat timbul di tubuh badan. Semoga info ini bermanfaat kepada semua.

Sumber: Fimela

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×