Sihat

“Eh Kenapa Mata Tu Terkedip-Kedip?” Doktor Jelaskan Puncanya!

46
SHARES
mata berkedip

Pernah kah anda mengalami situasi di mana mata berkedip secara tiba-tiba? Kadang berlaku pada mata kiri, dan kadang pula pada mata kanan. Kepercayaan orang lama pula menganggap itu adalah salah satu tanda mendapat berita buruk atau baik.

Dari sudut sains pula, menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad mata berkedip atau eye twitching bukan lah penyakit mata yang serius. Di mana, ia terjadi sekitar beberapa saat hingga 2 minit dan terdapat beberapa punca mengapa ia berlaku. Jom baca!

Baca juga: “Aduh, Gatalnya!” Dah Penat Garu-Garu, Rupanya Ini Punca Bahagian Payudara Anda Asyik Gatal!

MATA BERKEDIP

mata berkedip

Eye twitching atau ‘Myokymia’ di dalam bahasa melayunya diterjemahkan sebagai mata berkedip-kedip atau juga dipanggil mata bergerak-gerak. Kerdipan mata berlaku pada bahagian otot muka dan otot mata dengan kerdipan mata tersebut boleh berlaku di bahagian bawah dan atas mata.

Masalah mata menguit ini bukanlah penyakit mata yang serius. Biarpun ia akan menguit berulang-kali dan menyebabkan diri tidak selesa, ia adalah tindak balas pergerakkan otot yang tidak dapat dikawal.

Lazimnya, ia terjadi pada bahagian kelopak mata atas tetapi ia boleh juga berlaku terhadap kelopak mata yang bawah. Namun rasanya tidak memedihkan atau memeritkan, cuma sedikit mengganggu. Pergerakan otot tersebut akan berlaku dalam masa sekitar beberapa saat hingga dua minit.

KATA ORANG TUA-TUA…

Orang tua-tua ada cakap,

Kalau mata sebelah kiri bergerak-gerak atau menguit, itu tandanya orang tersebut bakal mendapat berita buruk dan akan menangis. Manakala, kalau mata kanan yang bergerak, itu bermaksud ada berita baik yang bakal didengar atau mungkin juga akan bertemu orang jauh.

MyokymiaWalau bagaimanapun, kita sebagai seorang Muslim sangat ditegah untuk mempercayai perkara karut kerana takut membawa diri kepada jalan syirik dan hukum mempercayai ramalan atau nasib dengan cara sebegitu adalah haram dan berdosa.

PUNCA-PUNCANYA

1. STRES

Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah berkaitan dengan ketegangan mata. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan punca stress atau tekanan bagi mengelak daripada berlakunya eye twitching.

2. TERLALU PENAT

Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. KETEGANGAN MATA

Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan, terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kaca mata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan. Situasi ini akan menyebabkan eye twitching.

Anda disarankan membuat pemeriksaan mata untuk mendapatkan kuasa kaca mata yang baru. Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini.

Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kaca mata khusus untuk pengguna komputer.

4. KAFEIN DAN ALKOHOL

Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching.

5. KEKERINGAN MATA

Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambilan ubat (antihistamin, antidepressant) dan pemakai kanta sentuh.

6. ALERGI

Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan airmata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Walau pun ia bukan lah penyakit mata yang serius, jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan lanjut sekiranya ia kerap berlaku sehingga mengganggu aktiviti harian anda.

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×