40 Minggu

“Aduh, Gatalnya!” Dah Penat Garu-Garu, Rupanya Ini Punca Bahagian Payudara Anda Asyik Gatal!

25
SHARES
punca payudara gatal

Sebenarnya, terdapat banyak punca payudara gatal. Antaranya adalah disebabkan memakai bra terlalu ketat, berada di fasa menopause, payudara yang membesar dan pelbagai lagi.

Rasa gatal ini boleh menyebabkan anda asyik menggaru di kawasan tersebut dan mengganggu aktiviti seharian anda. Sekiranya punca-punca di bawah membuatkan payudara anda berasa gatal dan tidak selesa, segera dapatkan rawatan dari pusat kesihatan yang bertauliah.

Baca juga: Tuala Wanita Tak Boleh Main Beli Saja, Tapi Lihat 3 Elemen Ini Baru Darah Haid Tak Bocor!

PUNCA PAYUDARA GATAL

punca payudara gatal

1. KULIT PAYUDARA YANG KERING

Banyak punca yang menyebabkan tubuh menjadi gatal. Sebagaimana, punca kulit payudara menjadi gatal adalah kerana ia kering. Selain rasa gatal, kulit juga terasa bersisik.

Payudara mempunyai sifat sensitif di mana, penggunaan produk rawatan yang salah boleh menyebabkan diri rasa tidak selesa. Sekiranya, produk rawatan yang digunakan menyebabkan hal tersebut berlaku, maka hentikan penggunaannya.

Anda boleh merawatnya dengan sabun minimal bahan kimia sintetik yang membahayakan kulit.

2. REAKSI ALERGI

Pernahkah anda berasa gatal seharian sewaktu memakai barang atau produk tertentu? Boleh jadi, ia tanda kulit payudara anda sedang memberi reaksi alergi tertentu.

Pencetus kepada alergi boleh disebabkan produk penjagaan badan, sabun, pewangi atau bahan pakaian yang tidak sesuai dengan kulit anda.

Hentikan penggunaan produk tertentu, sekiranya rasa gatal itu tidak surut.

3. JANGKITAN KULAT

Pada keadaan tertentu, anda boleh juga mengalami jangkitan kulat di payudara. Antara gejalanya adalah rasa gatal dan disertai dengan perubahan warna di kawasan lipatan payudara.

Ia boleh disebabkan penggunaan bra terlaku ketat yang disertai dengan aktiviti yang berpeluh. Malah, kurang menjaga kebersihan diri juga boleh menjadi punca.

Oleh itu, pastikan anda menggantikan pakaian dalam setelah beraktiviti seharian. Jangan lupa cuci dengan bersih dan dijemur kering bagi mengelakkan jangkitan kulat.

4. BERPELUH YANG BANYAK

Memakai bra dalam keadaan berpeluh dan dalam jangka waktu yang lama boleh jadi punca rasa gatal yang kerap di kawasan payudara.

Kadang-kadang, rasa gatal ini boleh disertai dengan rasa terbakar dan tidak selesa. Disebabkan itu, segera menggantikan baju dan pakaian dalam selepas beraktiviti yang banyak berpeluh.

5. PAKAIAN TERLALU KETAT & BAHAN TIDAK SESUAI

punca payudara gatal

Anda tidak boleh mengambil mudah sewaktu membeli bra kerana ia sangat penting untuk anda menjalani hari yang lancar dan selesa. Bra yang terlalu ketat bersama jenis bahan yang terlalu kasar, panas atau terlalu sintetik boleh menyebabkan payudara gatal.

Pengaliran udara yang terganggu boleh menjadi penyebab payudara terasa gatal. Selain itu, kawasan lipatan payudara yang berterusan terkena geseran bra boleh menyebabkan iritasi dan menimbulkan rasa gatal.

6. PAYUDARA YANG MEMBESAR

Bolehkah payudara membesar walaupun sudah melepasi fasa kedewasaan? Sudah tentu boleh! Ada beberapa faktor yang menyebabkan payudara boleh membesar seperti kehamilan dan kenaikan berat badan.

Ini menyebabkan kulit di kawasan payudara automatik meregang sewaktu bentuknya semakin membesar. Inilah sebab mengapa payudara boleh terasa gatal dengan tiba-tiba.

Bagi ibu hamil, pembentukan sel dan kelenjar air susu ibu selama kehamilan juga berperanan menimbulkan rasa gatal pada payudara.

Mahu kurangkan rasa gatal itu, anda boleh memakai lotion anti strech marks selepas mandi atau menyapu minyak bersesuaian untuk mengekalkan keanjalan kulit.

7. ANTARA GEJALA MASTITIS

Mastitis adalah jangkitan payudara yang sering terjadi pada ibu menyusu. Namun, wanita tidak menyusu badan juga boleh mengalami jangkitan ini.

Jangkitan disebabkan oleh kerana saluran payudara yang tersumbat. Gejalanya adalah payudara terasa pedih, berwarna kemerahan, terasa panas dan gatal.

8. TANDA MENOPAUSE

Semasa di fasa menopause, tubuh anda banyak mengalami perubahan. Antaranya adalah kelembapan kulit yang semakin berkurangan. Saat kulit kering, kadang payudara pun terasa gatal.

Rasa gatal sering timbul di kawasan lipatan payudara atau di kawasan yang sering terkena gesekan dengan bra.

Bagi mengatasinya, minum air putih dengan banyak, mandi dengan sabun yang sesuai untuk kulit sensitif dan melakukan penjagaan tubuh badan.

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×