Cantik

ALAMAK! Badan Kecil Tapi Buah Dada Besar? Ini Saiz Ideal Aset Wanita Yang Satu Itu!

2
SHARES
saiz payudara

Sebenarnya, tiada ukuran saiz payudara tertentu yang sangat sesuai untuk semua wanita. Walau bagaimanapun, terdapat saiz payudara yang berkadar (proportion) atau ideal untuk setiap bentuk badan.

Sementara itu, kesulitan yang sering dialami sesetengah wanita adalah saiz payudara ditubuh badan yang ‘mencacatkan’ penampilan diri, oleh kerana pemilihan baju yang tidak sesuai sehingga menerbitkan rasa segan pada pemakainya. Oleh sebab itu, artikel ini ingin berkongsi beberapa tips pemilihan baju dan dress yang sesuai bagi kepelbagaian bentuk badan dan saiz payudara untuk manfaat semua wanita.

Baca juga: 5 Jenis Bentuk Punggung Wanita, Nak Nampak ‘Aset Mantap’ Kena Ikut Cara Ini

SAIZ PAYUDARA IDEAL BERDASARKAN BENTUK BADAN

saiz payudara

Gambar: YesDok

Sebelum baca dengan lebih lanjut, pembaca perlu tahu body proportion atau perkadaran badan merujuk kepada hubungan dalam saiz dan bentuk antara bahagian tubuh manusia yang berlainan. Selain itu, antara jenis bentuk tubuh wanita yang dikenal pasti adalah berbentuk epal, jam pasir, segi empat dan pir.  Jom lihat saiz payudara ideal berdasarkan bentuk badan di bawah.

1. Tubuh berbentuk epal (Apple-Shaped)

Wanita dengan badan berbentuk epal biasanya mempunyai pinggang yang lebih lebar dan lebih banyak lemak perut. Oleh itu, untuk mengimbangi perkadaran, payudara yang lebih besar adalah ideal.

Disebabkan itu, wanita yang memiliki tubuh berbentuk epal dan payudara yang besar perlu mencari pakaian yang dapat mengalihkan perhatian dari bahagian tengah badan dan memakai pakaian yang menonjolkan bahagian lain.

Jenis baju yang sesuai:

  • Elak fabrik jersi
  • Fabrik sutera mentah, tweed, gabardine dan kapas yang tebal
  • Breezy A-line silhouettes, flowy tunics, relaxed boyfriend button-ups dan V-neck

Dress yang sesuai:

  • Maxi dress yang mempunyai garis leher yang rendah
  • Wrap atau strapless dress
  • A-line dress

2. Badan berbentuk jam pasir (Hourglass-Shaped)

Selalunya dianggap sebagai bentuk yang paling diingini, badan berbentuk jam pasir biasanya dicirikan oleh bahagian atas dan bawah badan yang berkadar. Di mana, ukuran payudara dan pinggul adalah sama manakala pinggang anda sangat ramping.

Saiz payudara kecil hingga sederhana adalah yang terbaik untuk bentuk ini. Manakala, jenis baju yang sesuai seperti berikut:

  • Jenis baju form-fitting jersey knits, wrap tops, peplum blouses, V-neck, round neck dan boat neck
  • Sesuai memakan dress seperti wrap dress atau fit and flare

Baca juga: Wanita Ini Amalkan Petua Minum Air Rebusan Halba + Kurma Merah, Kulit Makin Cantik!

3. Berbentuk segi empat (Rectangle-Shaped)

Sama seperti bentuk jam pasir, tetapi pinggang bersaiz sederhana dan badan akan kelihatan tegak lurus dengan bahu yang rata. Saiz payudara yang besar melengkapkan perkadaran badan berbentuk segi empat tepat, memberikan lengkungan yang ketara.

Wanita bertubuh segi empat, sangat sesuai memakai baju yang menonjolkan lengan yang berotot, bahu dan pinggang.

  • Baju yang bersesuaian seperti halter styles, racerback style, scoop dan round neckline serta strapless.
  • Strapless dress atau gaun garis leher jika ingin menonjolkan bahagian dada
  • Jumpsuit yang digayakan dengan halter style dan menunjukkan bahagian belakang sangat sesuai digayakan.
  • Bergaya ringkas gaya seperti warna gelap, vertical stripes atau gaya A-line.

4. Tubuh pir (Pear-Shaped)

Wanita dengan badan berbentuk pir biasanya mempunyai pinggul besar dan pinggang yang ramping. Bagi mengimbangi perkadaran, payudara bersaiz sederhana adalah ideal. Pemilihan pakaian yang sesuai adalah:

  • Pluging V-neck dalam pelbagai silhouette, cowl necks, bell-sleeves dan scoop neck adalah baju yang sesuai untuk dipakai.
  • Pemilihan dress yang mempunyai garis leher yang jatuh, bahagian belakang terbuka dan gaya tali pinggang bersesuaian akan kelihatan lebih langsing.
  • Gaya dress dan skirt A-line juga sesuai.

Baca juga: Tak Sangka No. 6 Boleh Bawa Kematian Kalau Vagina Tak Jaga Betul, Ini 7 Penyakit Kelamin Wanita!

Sumber: CREOClinic / Diva

FT Image: rinazul.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×