Cantik

5 Jenis Bentuk Punggung Wanita, Nak Nampak ‘Aset Mantap’ Kena Ikut Cara Ini

15
SHARES
jenis bentuk punggung wanita

Punggung merupakan salah satu bahagian tubuh yang dianggap sebagai lambang kecantikan khususnya bagi wanita. Jika dikelaskan, terdapat lima jenis bentuk punggung wanita yang berbeza.

Melalui Sehat Q, bentuk punggung ditentukan berdasarkan nisbah antara pinggang, punggung dan paha sehingga menghasilkan bentuk-bentuk tertentu. Mengetahui bentuk punggung boleh memudahkan anda memilih seluar yang betul. Jadi, secara tidak langsung penampilan anda nampak lebih menarik.

Baca juga: 5 Senaman Untuk Kurangkan Kedutan ‘Smile Line’ Mulut & Mata, Berbaloi Dicuba!

JENIS BENTUK PUNGGUNG WANITA

jenis bentuk punggung wanita

Gambar: GettyImage

1. Punggung berbentuk segi empat

Jika tulang punggung dan paha luar membentuk garis lurus, keadaan ini boleh menunjukkan bahawa anda mempunyai bentuk punggung yang segi empat sama. Sesetengah orang yang mempunyai bentuk punggung ini mempunyai tulang pinggang yang tinggi dan menonjol atau mempunyai lapisan lemak di sisi badan mereka.

Oleh itu, sekiranya anda mempunyai bentuk punggung segi empat, sebaiknya pilih seluar pendek, bikini atau seluar pinggang tinggi kerana ia lebih sesuai dan selesa digunakan.

2. Bentuk punggung V

Punggung berbentuk V kelihatan lebih berisi di bahagian atas (berhampiran garis pinggang), manakala di bahagian bawah terdapat kurang isi padunya. Keadaan ini mencipta garisan antara pinggul dan sudut pelvis yang menghala ke dalam punggung seperti bentuk V.

Bentuk punggung ini, umumnya dimiliki oleh wanita yang mempunyai bahu lebar dan punggung yang sempit. Seluar jeans poket belakang sesuai untuk wanita berpunggung berbentuk V. Selain itu, pilih seluar jeans stretch-fit supaya punggung tidak kelihatan rata kerana denimnya tebal dan kaku.

3. Punggung A

Jika bahagian atas punggung anda sempit dan kemudian melebar di bawah, anda mungkin mempunyai punggung berbentuk A. Pada bentuk punggung ini, pinggangnya berbentuk tipis dan lemaknya tersebar di bahagian bawah punggung atau paha.

Bentuk punggung A biasanya dimiliki oleh wanita yang bahagian atas badannya lebih kecil daripada bahagian bawah badan (bentuk buah pir). Anda akan lebih selesa memakai seluar berpinggang tinggi.

Baca juga: 5 Cara Pilih Bra Untuk Payudara Besar, Baru Selesa & Ringan Bila Bawa Badan!

4. Bentuk punggung hati terbalik

Punggung berbentuk hati terbalik biasanya dimiliki oleh wanita yang kurus atau tidak berisi. Dalam bentuk punggung ini, terdapat lengkungan yang menghala ke punggung luar, tetapi bahagian bawahnya mempunyai isi padu yang lebih besar sehingga kelihatan seperti hati terbalik.

Bagi wanita yang mempunyai bentuk punggung sebegini, pilihlah seluar dengan pinggang yang lebih rendah kerana ia akan lebih selesa dipakai.

5. Punggung bulat

Punggung bulat dirujuk sebagai punggung yang cantik. Bentuk punggung wanita ini mempunyai taburan lemak yang sekata pada bahagian pinggul dan sekitar punggung sekali gus mewujudkan rupa punggung yang melengkung dan membulat.

Bagi pemilik bentuk punggung ini, jeans denim bootcut adalah pilihan yang tepat untuk menjadikan punggung anda lebih cantik.

Kesimpulan

Sesetengah orang memilih untuk mengubah bentuk punggung melalui pelbagai prosedur. Antaranya adalah cara semula jadi. Caranya dengan melakukan senaman untuk otot gluteus dalam membantu membentuk punggung yang lebih kuat tetapi tidak kendur.

Cuba amalkan latihan squat, lunge press, atau leg lift secara berkala. Walau bagaimanapun, cara semula jadi ini tidak dapat mengubah sepenuhnya bentuk punggung seperti yang anda inginkan.

FT Image: Cara Nak Bagi Zakar Besar Secara Sihat, Buat 15 Perkara Ini, Baru Padu Abang ‘Punya’!

Sumber: Sehat Q

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×