Sihat

Oh Lelaki! Ini 5 Manfaat Bila Tidur Tak Pakai Seluar Dalam, Fuhhh Nyaman~

26
SHARES
tidur tidak berseluar dalam

Siapa tahu, mungkin ramai dalam kalangan lelaki di luar sana yang tidur tidak berseluar dalam. Hal ini kerana, tidur tidak memakai seluar dalam rupanya terselit beberapa manfaat yang mungkin tidak ramai yang mengetahuinya.

Justeru itu, kali ini penulis ingin berkongsikan lima manfaat kepada lelaki sekiranya anda tidur tidak memakai seluar dalam. Jom teruskan menyingkap topik ini di bawah!

Baca juga: Tak Perlu Guna Pelincir, Ini Cara Natural Atasi Masalah Vagina Kering!

TIDUR TIDAK BERSELUAR DALAM, APA MANFAATNYA KEPADA LELAKI?

tidur tidak berseluar dalam

1. MENCEGAH JANGKITAN KULAT

Tidur dengan memakai seluar dalam, kadang-kadang membuat alat sulit menjadi hangat dan basah.

Keadaan seperti ini dapat mendorong kewujudan kulat penyebab gatal seperti tinea cruris (jock itch) yang berkembang dan membiak dengan subur. Kulat ini menyebabkan kemerahan, iritasi dan gatal pada zakar bila tidak segera diubati.

Tidur tanpa seluar dalam dapat memelihara pengudaraan pada alat sulit. Jadi, jangan lupa juga untuk selalu memastikan kawasan organ sulit sentiasa dalam keadaan nyaman dan kering.

Khususnya, jika anda sering bergiat aktif. Usahakan agar kawasan organ sulit tidak lembab dan basah untuk mencegah pertumbuhan kulat.

2. MENGURANGKAN LUKA KERENGSAAN

Sama ada mengenakan pakaian dalam atau tidak, penis atau skrotum memperolehi kerengsaan kerana gesekan dari pakaian yang dikenakan. Tidur tanpa mengenakan seluar dalam dapat mengurangi gesekan yang menyebabkan luka pada organ sulit.

Sebaiknya pakaian yang dikenakan ketika tidur adalah material lembut dan ringan. Hindari memakai seluar jeans yang ketat atau seluar bermaterial kasar untuk mengelakkan rasa melecet pada kawasan zakar.

3. TIDUR LEBIH NYENYAK

Suhu tubuh amat penting untuk menjaga kualiti tidur. Saat suhu tubuh menurun, otak secara automatik akan mengirim signal pada tubuh untuk tidur.

Jadinya, manfaat dari tidur tanpa seluar dalam salah satunya dapat membuatkan tidur jadi lebih cepat dan nyenyak. Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan rasa panas pada tubuh akibat pemakaian seluar dalam yang terlalu ketat.

Tidak terlalu sejuk atau panas, suhu ruang bilik yang ideal untuk tidur adalah 15–19 darjah celsius. Jadi, tanpa seluar dalam dan cukup ditutupi pakaian dengan material yang ringan dapat membantu suhu tubuh kekal stabil.

4. MEMPENGARUHI PENGHASILAN SPERMA

tidur tidak berseluar dalam

Bagi menghasilkan sperma secara efisien, telur zakar atau testis harus berada pada suhu sekitar 34.4°C, beberapa darjah lebih dingin daripada suhu tubuh yang hanya 36.1 celcius hingga 37.2 celcius.

Mengenakan seluar dalam ketat akan mendorong testis bergesekan dengannya pada tempoh yang lama. Perkara itu dapat meningkatkan suhu pada testis.

Kondisi ini dapat membuat lingkungan testis kurang ideal untuk menghasilkan sperma dan dapat menyebabkan hipertermia pada testis. Jika dibiarkan secara terus menerus, hal ini dapat mengurangi jumlah sperma dan meningkatkan peluang kemandulan pada lelaki.

5. MENINGKATKAN KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

Khas untuk pasangan suami isteri, tidur tanpa seluar dalam dapat membuatkan pasangan lebih terangsang untuk bermesraan. Secara tak langsung, ia dapat meningkatkan kebahagiaan dalam sesebuah hubungan.

Kajian di Sweden dalam Jurnal Frontiers in Psychology, 2015, menyatakan bahawa saat kulit saling bersentuhan, hormon oksitosin atau ‘hormon cinta’ akan terhasil lebih banyak. Dengan tidur tanpa seluar dalam, mampu membangkitkan ‘hormon cinta’ tersebut dan membuat hubungan suami isteri menjadi lebih bahagia.

KESIMPULAN

Maka, itu sahaja lima manfaat yang bakal diperolehi orang lelaki sekiranya tidur dengan tidak memakai seluar dalam. Sama ada, anda ingin memakainya atau tidak, itu terpulang kepada pendirian dan pegangan masing-masing.

Sumber: Pop Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×