Famili

Jenis Seluar Dalam Lelaki Ada Banyak, Jangan Main Pakai Je Nanti Tak Selesa!

8
SHARES
SELUAR DALAM LELAKI

Buat kaum Adam di luar sana, pemilihan seluar dalam lelaki sangat penting untuk kegunaan harian. Hal ini kerana ia boleh membuatkan anda nampak tidak kemas jika tersalah pakai seluar dalam.

Bukan hanya satu sahaja jenis seluar dalam, ada beberapa jenis lain yang perlu diketahui. Ikuti perkongsian lanjut artikel ini di bawah. Baca sampai habis ya.

Baca juga: Lelaki Juga Kena Makan Asid Folik Lepas Berkahwin, Ini 5 Manfaatnya Perlu Anda Tahu!

JENIS SELUAR DALAM LELAKI, ADA BANYAK RUPANYA

SELUAR DALAM LELAKI

Terdapat beberapa jenis seluar dalam lelaki, antaranya adalah:

1. Brief

Seluar dalam jenis brief antara yang sering dipakai oleh segelintir lelaki. Hal ini kerana ia memberikan keselasaan yang maksimum untuk melakukan kerja harian.

Seluar dalam brief bukan sahaja sesuai digunakan bersama seluar slack tetapi juga boleh dipakai untuk melakukan aktiviti bersukan kerana lebih fleksibel.

Walau bagaimanapun, sesetengah lelaki tidak minat seluar dalam jenis brief kerana kurang sokongan di bahagian punggung.

2. Boxer brief

Boxer brief adalah gabungan brief di mana perbezaannya adalah seluar dalam jenis ini lebih panjang dan menutupi bahagian tengah antara pinggang dan pinggul.

Boxer brief  biasanya diperbuat daripada kain cotton lembut atau polister untuk memudahkan pergerakan dan memberi perlindungan agar tidak melecet.

3. Boxer

Jenis seluar dalam lelaki yang seterusnya adalah boxer. Boxer biasanya lebih panjang dan mudah bernafas kerana ia longgar. Ia juga boleh mengurangkan rasa gatal dan berpeluh di bahagian alat sulit lelaki.

Boxer tidak sesuai dipakai bersama seluar slack untuk ke pejabat kerana ia boleh menyebabkan kelihatan tidak kemas.

4. Jockstrap

Jockstrap adalah ejenis seluar dalam lelaki yang direka khas untuk digunakan semasa aktiviti olahraga atau aktiviti fizikal lain

Ia bertujuan memberikan sokongan dan perlindungan tambahan serta membantu mengekalkan alat sulit berada di tempatnya. Selain itu, jockstrap boleh mengurangkan risiko lecet atau masalah lain yang boleh berlaku semasa melakukan aktiviti fizikal berpanjangan.

5. Tanga

Seluar dalam lelaki jenis tanga sama seperti g-string atau thong wanita. Ia mempunyai tali halus di bahagian pinggang dan menutupi bahagian depan alat sulit sahaja. Bahagian belakang seluar dalam hanya ada satu tali kecil dan tidak menutupi keseluruhan bahagian punggung.

Pemilihan seluar dalam penting agar sentiasa selesa dan pastikan anda memakai mengikut kesesuaian acara. Jangan main pakai sahaja ya. Bahaya!

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Mati Pucuk & Pancut Awal Masalah Kaum Lelaki Selalu Hadapi, Ketahui Ini Perbezaanya

Sumber: Tall Order Fit To Stand

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×