Asuh

Cara DIY Papan Kalendar Untuk Anak, Tiap Tahun Boleh Guna Semula!

49
SHARES

Pelbagai cara boleh dicuba untuk mendidik dan mengajar anak dalam mengenali huruf, nombor dan simbol. Antara idea terbaik ialah dengan menggunakan peralatan di rumah sahaja dan sekali gus boleh melakukan aktiviti bersama anak tercinta.

Bersempena tahun baharu, mari kita belajar cara DIY kalendar dan paling penting boleh digunakan untuk tahun-tahun lain juga. Haa kan dah jimat tu. Jom tengok!

Baca juga: 10 Aktiviti DIY Di Rumah Untuk Anak, Lengkap Semua Skill!

CARA DIY PAPAN KALENDAR UNTUK ANAK, BOLEH GUNA SEMULA!

Memandangkan dah masuk tahun baharu, kita buat lah papan kalendar untuk kegunaan harian anak-anak sambil mereka belajar tahun, bulan, hari dan tarikh.

Bila dah biasa barulah anak boleh belajar mencatat nama hari dan tarikh setiap hari kan? Selain itu anak pun dapat belajar maksud hari ini, esok, semalam, lusa, minggu depan, bulan depan dan tahun depan.

Simple je, tapi Anis kongsi sebab sekali guna boleh tahan bertahu. Guna kotak je pun, jimat kan? Ajak anak warna sekali seronok lah mereka kan?

Jadi, Anis cuba buat papan kalendar yang erasable dan boleh digunakan sepanjang tahun sambil tingkatkan kemahiran motor halus anak. Jomm cuba sekali.

VIDEO PENUH:

Wah, menarik kan? Warna-warni macam tu mesti anak-anak pun excited nak belajar dengan kalendar baharu. Selamat mencuba semua!

Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×