Suami Isteri

Mati Pucuk & Pancut Awal Masalah Kaum Lelaki Selalu Hadapi, Ketahui Ini Perbezaanya

3
SHARES
PANCUT AWAL

Penyakit pancut awal dan mati pucuk antara masalah sering dihadapi oleh kaum lelaki. Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan kekecewaan pada pasangan dan diri sendiri.

Lelaki yang ada masalah ini sudah tentunya akan hadapi cabaran dan emosi terganggu. Sekiranya, anda keliru sama ada mempunyai penyakit pancut awal atau mati pucuk, ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Jangan Malu Kalau Punggung Jatuh & Tak Lebar, Nah 7 Cara Besarkan Supaya Lebih Menawan

MATI PUCUK VS PANCUT AWAL, BACA DAN FAHAMKAN

PANCUT AWAL

Mati pucuk atau disfungsi erektil adalah keadaan di mana zakar tidak dapat menegang ketika melakukan aktiviti seks. Penyakit ini bersifat semula jadi dan ia tidak merujuk kepada keadaan mandul.

Antara faktor terjadinya masalah mati pucuk juga adalah ketidakstabilan hormon, kecederaan pada bahagian zakar, penyalahangunaan dadah, peningkatkan umur, diabetes, tinggi kolesterol dan penyakit jantung.

Tanda mati pucuk adalah sukar untuk mengekalkan ketegangan dan zakar mengalami kesukaran untuk menegang. Hal ini akan menyebabkan anda tidak puas.

Mati pucuk dan ejakulasi pramatang atau pancut awal merupakan masalah paling digeruni oleh kaum lelaki. Ejakulasi pramatang bermaksud seseorang lelaki mengalami ejakulasi dengan terlalu cepat di mana proses hubungan seks itu baru sahaja bermula.

‘Pancut’ terlalu awal akan menyebabkan pasangan tidak puas dan perkara ini terjadi disebabkan beberapa punca dari segi biologi dan psikologi.

Dari segi biologinya:

– Seseorang lelaki dikatakan pancut terlalu awal kerana tidak dapat menahan ‘keseronokan’ ketika melakukan seksual kerana sangat sensitif.

– Risau tidak menahan ketegangan zakar menyebab si lelaki mengambil keputusan untuk melakukan ejakulasi awal.

Dari segi psikologinya pula, seseorang itu pancut awal disebabkan:

  • Penyakit jantung
  • Diabetes
  • Masalah tiroid
  • Kecederaan pada bahagian prostat
  • Pengunaan ubat
  • Paras hormon tidak stabil

Antara jalan penyelesaian untuk masalah pancut awal, anda boleh melancap sejam atau dua sebelum melakukan hubungan seksual bersama pasangan.

Selain itu, cuba juga untuk tidak terlalu fokus pada seks sahaja sebaliknya ‘nikmati’ masa bersama pasangan sehingga kedua-dua klimaks pada masa yang sesuai.

Baca juga: 10 Tips Bantu Tingkatkan Imunisasi Badan, Baru Lebih Kuat Dan Sihat Selalu

Sumber: Mayo Clinic & Better Health Channel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×