Sihat

Pening Hari-Hari Cium Bau Badan Kawan, Ini Cara Tegur Paling SELAMAT

3
SHARES
bau badan busuk

Pening kepala betul kalau ada rakan sekerja yang bau badan busuk. Nak tegur tapi tak sampai hati kerana takut tersinggung hingga menyebabkan putus kawan.

Jangan risau, ada cara paling selamat untuk tegur bau badan seseorang tanpa menguris hati mereka. Confirm berkesan punya lah!

Baca juga: Tiap Hari Tak Sah Kalau Tak Makan Kentang Goreng Tapi Sebenarnya…

CARA TEGUR KAWAN BAU BADAN BUSUK, TAK TAHAN DAH

BAU BADAN BUSUK

Individu yang mempunyai badan berbau busuk, tidak dapat menyedari mereka ada masalah itu jika tidak diberitahu. Tetapi teguran tentang bau badan boleh menjadi sangat sensitif. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dilakukan:

1. Pilih masa & tempat yang sesuai

Cari ruang peribadi dan selesa di mana anda boleh bercakap mengenai hal ini. Penting untuk menjaga maruah dan mengelakkan memalukan mereka.

2. Berhemah & lembut

“Saya perasan sesuatu, dan saya fikir saya patut memberitahu anda kerana saya mengambil berat tentang anda.” Pendekatan ini mengelakkan bunyi menuduh atau menghakimi.

3. Fokus pada isu khusus

“Saya perasan bau yang kuat semasa kami bekerja rapat semalam, dan saya mendapati ia agak mengganggu.”

4. Bau badan busuk – Tawarkan sokongan & penyelesaian

Beritahu orang itu bahawa anda bersedia membantu. Cadangkan penyelesaian praktikal seperti menggunakan antipeluh atau deodoran, mengamalkan kebersihan yang baik, memakai pakaian bersih atau mendapatkan nasihat perubatan jika perlu.

5. Dengar & fahami

Beri orang itu peluang untuk memberi penjelasan. Mungkin mereka mempunyai sebab untuk bau badan, seperti keadaan perubatan atau kesan sampingan ubat.

Ingat, adalah penting untuk mendekati perbualan dengan empati, rasa hormat dan kebaikan. Setiap orang mempunyai sensitiviti mereka, jadi berhati-hati dengan perasaan orang itu dan bersedia untuk reaksi yang berbeza.

Baca juga: 13 Makanan Ini Tak Boleh Simpan Dalam Peti Ais, Tapi Ramai Yang Dah Buat

BAU BADAN BUSUK

Punca bau badan busuk

Setiap kali berpeluh pasti akan mengeluarkan bau badan yang tidak menyenangkan. Antara punca badan berbau busuk adalah: menjejaskan bau badan ialah:

Selain faktor di atas, penyakit seperti di bawah juga boleh menyebakan badan seseorang berbau busuk

Dapatkan rawatan doktor sekiranya bau badan terlalu busuk sehingga mengganggu persekitaran. Jangan biarkan kerana ia mungkin disebabkan oleh penyakit.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sedap Memang Sedap Tapi Bahaya Kalau Campur Dua Makanan Ini

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Cleveland

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×