Sihat

6 Jenis Hubungan Seksual Yang Boleh Jadi Punca Jangkitan HIV, Jangan Cuba-Cuba Buat

20
SHARES
PUNCA JANGKITAN HIV

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang boleh memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang. Terdapat beberapa punca jangkitan HIV yang boleh berlaku sehingga menyebabkan jangkitan kuman.

Antara gejala HIV adalah ruam, jangkitan sistem pernafasan dan boleh membawa maut selepas 2 tahun kerana kuman telah merebak.

Baca juga: Syahwat Dari Belakang? AWAS, Ini Risiko & Bahayanya, Jangan Dibuat Main!

6 GEJALA SEKSUAL YANG BOLEH JADI PUNCA JANGKITAN HIV

PUNCA JANGKITAN HIV

Jadi, antara puncanya adalah:

1. Seks menggunakan mainan

Sekiranya anda suka menggunakan mainan seks, tinggalkan sekarang. Hal ini kerana ia boleh membuatkan kulit terluka dan berdarah.

Jika berlaku pendarahan, ia boleh meningkatkan risiko HIV. Jadi, jangan sesekali menggunakan mainan seks dan berkongsi dengan orang lain.

2. Melakukan hubungan seks ketika haid

Islam melarang melakukan hubungan seks ketika haid kerana perbuatan itu boleh mengundang bahaya dan memudaratkan kesihatan. Antaranya adalah menyebabkan jangkitan HIV melalui darah.

3. Bertukar-tukar pasangan

Kajian mendapati bahawa sentiasa menukar-nukar pasangan boleh menjadi punca utama penularan HIV. Hal ini kerana penghidap HIV tidak menunjukkan sebarang simptom.

Jadi, jangan sesekali bersetubuh dengan orang lain selain pasangan sendiri yang sudah yakin keadaan kesihatannya.

4. Seks tanpa kondom

Seks tanpa pelindungan seperti kondom akan meningkatkan risiko penyakit kelamin seperti HIV, gonorrhea, chlamydia, syphilis, herpes dan hepatitis.

The Centers for Disease Control and Prevention (CDC), menyarankan agar menggunakan kondom bagi mengelakkan dijangkiti STD terutamanya HIV.

5. Seks anal

Umum mengetahui, perbuatan seks melalui dubur adalah diharamkan di dalam Islam. Hal ini kerana terdapat pelbagai risiko boleh berlaku jika melakukan seks anal.

Antaranya adalah HIV dan menyebabkan kanser serviks serta dubur adalah virus papilloma manusia (HPV)

6. Seks oral 

Melakukan seks oral seperti memasukkan alat kelamin ke dalam mulut boleh membawa risiko kepada penularan HIV. Ini juga termasuk dengan aktiviti menjilat kemaluan isteri.

Sekiranya mengalami ulser mulut atau kecederaan lain, elakkan membuat seks oral supaya untuk mengurangkan penularan HIV.

Baca juga: Isteri Kongkong Punca Kesihatan Mental Suami Terganggu, Mereka Pun Nak Me Time Juga

Sumber: Centers For Disease Control And Prevention

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×