40 Minggu

Cara Buat Air Selusuh Agar Proses Bersalin Lebih Mudah, Bakal Ibu Take Note!

58
SHARES
CARA BUAT AIR SELUSUH

Pasti ibu hamil di luar sana sedang mencari cara buat air selusuh untuk memudahkan proses bersalin. Air selusuh lazimnya dibaca dengan ayat-ayat suci al-Quran dan diminum atau disapu di beberapa bahagian.

Air ini boleh diminum ketika usia kandungan memasuki sembilan bulan dan lebih baik sekiranya tidak dicampur dengan bahan-bahan herba lain.

Baca juga: Selain Kencing Lepas Bersama, Ada 3 Lagi Cara Nak Elak Hamil, Betul Berkesan Ke?

CARA BUAT AIR SELUSUH UNTUK MUDAHKAN PROSES BERSALIN

CARA BUAT AIR SELUSUH

Caranya adalah:

1. Sediakan air

Ibu-ibu boleh membeli air zam-zam beberapa botol untuk menyediakan air selusuh. Namun sekiranya tiada air zam-zam, boleh sahaja menggunakan air mineral.

2. Baca beberapa surah

Sebelum memulakan bacaan, ada baiknya jika ibu membuka penutup botol air tersebut. Kemudian, mula membaca:

  • Surah al-Fatihah
  • Selawat syifa sebanyak tujuh kali
  • Surah al-A’raa ayat 54 dibaca sebanyak 3 kali

Hembus pada air dan sedia untuk diminum ketika diperlukan. Selain dijadikan air, ia juga boleh disapu di bahagian tertentu untuk mengurangkan rasa sakit. InsyaAllah dengan izinNya. Perlu diingatkan juga bahawa air ini hanya boleh diminum ketika bukaan sudah mencapai 9 hingga 10cm.

Menerusi perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Facebooknya, air selusuh yang dibaca ayat suci al-Quran tidak menjadi sebarang masalah untuk diminum oleh ibu mengandung.

Namun jika air selusuh dicampur dengan bahan herba lain seperti akar fatimah, ia boleh membuatkan kontraksi rahim semakin sakit.

Jadi, jangan sesekali mencampurkan bahan herba lain ke dalam air selusuh kerana risau akan memudaratkan kandungan.

Bakal ibu juga dinasihatkan untuk membaca doa Nabi Yunus iaitu Surah Al-Anbiya, ayat 87 agar proses melahirkan dipermudahkan.

لَّآ إِلَٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبْحَٰنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin

Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Terdapat juga beberapa cara lain untuk memudahkan proses bersalin. Antaranya adalah:

  • Melakukan senaman angkat punggung
  • Lebih kerap berjalan
  • Duduk mencangkung selama 10 saat
  • Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
  • Duduk dalam posisi yoga
  • Lakukan senaman di atas bola besar
  • Ambil makanan yang memudahkan proses

Semoga artikel ini memberi manfaat buat bakal ibu di luar sana.

Baca juga: Ini Yang Berlaku Pada Fizikal Ibu Lepas Bersalin, No 3 Itu Paling Ramai Alami!

Sumber: Kelab Mama & Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×