40 Minggu

Doa Amalan Semasa Mengandung & Cara Menyambut Kelahiran Menurut Islam

1.7K
SHARES

Sebaik saja ibu bapa diberitakan dengan kehamilan, pasti ramai ibu tertanya-tanya apakah doa atau ayat yang patut dijadikan doa amalan semasa mengandung, mudah bersalin, dan cara menyambut kelahiran dalam Islam.

Di sini, kami berbesar hati ingin berkongsi maklumat yang diperolehi daripada Unit Dakwah Bil Hal, Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Johor melalui Laman Facebook Daie Media Sosial Jakim yang telah memuatnaik semua gambar di bawah supaya mudah dirujuk oleh semua.

Bahagian 1: Doa Amalan Semasa Mengandung

doa-amalan-ibu-mengandung-1

doa-amalan-ibu-mengandung-2

Sebagai tambahan, ini adalah maksud kepada doa di atas (e)

“Ya Allah, lindungilah bayi ini selama ada dalam kandungan ibunya. Dan berikanlah kesihatan kepada bayi dan ibunya. Tidak ada kesihatan selain kesihatan daripadaMu, kesihatan yang tidak diakhiri dengan penyakit lain.

Ya Allah bentuklah dia di dalam rahim ibunya dengan rupa yang elok, dan tanamkanlah hati bayi ini dengan iman kepada Mu dan kepada RasulMu. Keluarkanlah bayi ini daripada kandungan ibunya pada waktu yang telah ditetapkan dalam keadaan sihat dan selamat. 

Ya Allah, jadikanlah bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas, dan mengerti dalam urusan agama.

Ya Allah, berikanlah bayi ini umur yang panjang, kesihatan jasmani dan rohani, baik budi pekertinya, fasih lisannya, serta elok suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis. Dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW, wahai yang memiliki segala puji-pujian, Tuhan sekalian alam.”

 

Bahagian 2: Amalan Mudah Bersalin

Apabila anda menghampiri saat-saat melahirkan, amalkanlah bacaan berikut.

Suami yang sedang menunggu di luar atau menemani isteri yang berada di wad bersalin juga digalakkan membacanya agar proses kelahiran menjadi lebih mudah.

doa-amalan-ibu-mengandung-3

doa-amalan-ibu-mengandung-4

doa-amalan-ibu-mengandung-5

Ini pula maksud bagi doa ke-9 di atas, iaitu doa yang masyhur diamalkan oleh para alim ulama. Maksudnya:

“Hana melahirkan Maryam, sedangkan Maryam telah melahirkan ‘Isa. Keluarlah (lahirlah) hai anak dengan sebab kekuasaan Raja (Allah) yang disembah”

Berikut adalah maksud bagi doa ke-10 di atas (“Allahumma la sahla..”).

Ia juga boleh dibaca apabila anda mengalami sebarang kesusahan atau kedukaan.

“Ya Allah tiada yang mudah melaikan Engkau jadikannya mudah dan tiada kedukaan melainkan yang Engkau akan hilangkan.”

Bahagian 3: Cara Menyambut Kelahiran

doa-amalan-ibu-mengandung-6

Untuk panduan sujud syukur yang lengkap, anda boleh merujuk kepada artikel kami yang lalu melalui pautan ini. Para suami amat digalakkan untuk melakukan sujud ini, kerana biasanya para ibu sedang berada dalam keletihan apabila bersalin.

Ianya sangat mudah, anda boleh melakukannya dalam masa 2 minit!

Kalau tak hafal doa di atas, cukuplah sekadar melafazkan tasbih “Alhamdulillah” semasa dalam sujud syukur.

doa-amalan-ibu-mengandung-7

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa doa di atas (“u’idhukuma bikalimatillahi-tammati,min kulli shaitanin wa hammatin, wa minkulli’ainin lammah) digunakan oleh Rasulullah untuk cucu baginda, Al-Hasan dan Al-Husin.

Maksudnya:

“Aku memohon perlindungan untukmu melalui kalimah Allah yang sempurna, dari segala kejahatan dan kemudaratan, dan dari segala pandangan yang membahayakan.”

doa-amalan-ibu-mengandung-8

doa-amalan-ibu-mengandung-9

doa-amalan-ibu-mengandung-10

Semoga perkongsian ini dapat menjadi doa amalan semasa mengandung dan turut memberi manfaat kepada para bapa di luar sana.

Seperkara lagi, jadikanlah ayat-ayat Al-Quran sebagai amalan berterusan untuk diri kita dan seluruh keluarga, walaupun selepas proses kehamilan dan melahirkan.

Inshaa Allah, perjalanan anda menjadi ibu bapa akan dipermudahkan dan dilimpahi rahmatNya.

 

*Sumber asal: Jabatan Agama Islam Johor dan Media Sosial JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×