40 Minggu

Alamak! Makan Pati Ikan Haruan Selepas Bersalin Czer Boleh Jadi Punca Pelekatan Tisu?

1
SHARES
PATI IKAN HARUAN BAHAYA

“Pati ikan haruan bahaya tak kalau amalkan selalu? Hmm…”

Isu mengenai pengambilan pati ikan haruan selepas pembedahan Caesarean atau lebih dipanggil czer sering menjadi perbualan di laman media sosial. Ini kerana rata-rata berpendapat bahawa ia boleh menyembuhkan luka dengan cepat dan dalam masa yang sama ada juga isu berkaitan adhesion.

Adhesion adalah di mana parut yang sembuh melekat pada tisu lain. Pelekatan itu tidak boleh dilihat melalui ultrasound scan dan hanya boleh nampak melalui pembedahan semula sahaja.

Jadi, kata orang pati ikan haruan bahaya dan menjadi punca adhesion kepada ibu selepas bersalin czer. Betul ke?

Baca juga: Aduh Tiba-Tiba Sakit Perut Ketika Hamil, Ia Bukan Sebab Kontraksi Sahaja, Bahaya Mommies Tak Tahu!

PATI IKAN HARUAN BAHAYA? BOLEH JADI PUNCA ADHESION?

PATI IKAN HARUAN BAHAYA

MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia berpendapat bahawa pengambilan pati ikan haruan sebagai ejen penyembuh luka adalah mitos kerana semua jenis protein boleh membantu menyembuhkan luka.

Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh. Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang atau belut sahaja.

Menurut Dr. Rama Krishna Kumar, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Columbia Asia Bukit Rimau pula berpendapat pengambilan produk seperti pati ikan haruan dan gamat tidak boleh diamalkan secara berlebihan. Ini kerana ia boleh menyebabkan keloid iaitu pertumbuhan tisu secara berlebihan pada kulit bekas luka.

Menerusi penjelasan Dr Muhammad Izzat di laman Facebooknya pula, pengambilan protein boleh menyembuhkan luka bersalin czer. Jelasnya, ikan haruan mempunyai sumber protein yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan proses penyembuhan luka juga berlebihan berbanding ikan-ikan biasa.

Ada sesetengah kes, pesakit mengalami adhesion selepas mengamalkan pati ikan haruan tetapi ada juga yang tidak mengalami sebarang masalah walaupun mengamalkan pati ikan haruan selepas pembedahan.

PATI IKAN HARUAN BAHAYA

Walau bagaimanapun, Dr Imelda berpendapat bahawa tidak ada bukti makan ikan haruan selepas pembedahan akan menyebabkan pelekatan tisu.

Menurutnya, pelekatan boleh berlaku disebabkan:

  • Jangkitan
  • Pendarahan
  • Keradangan
  • Endometriosis
  • Cara pembedahan
  • Pembedahan banyak kali

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa ramai pesakitnya di United Kingdom berlaku pelekatan selepas pembedahan walaupun tidak pernah makan ikan haruan atau patinya.

Jadi, selepas pembedahan czer, terpulang kepada individu ingin mengamalkan pati ikan haruan kerana beliau tidak melarang atau memaksa.

Sekiranya ingin luka cepat sembuh kena makan makanan sihat berkhasiat dan seimbang. Tetapi berhati-hatilah dengan mana-mana produk yang diproses seperti pati atau kapsul kerana tidak tahu kandungannya.

Kesimpulannya, berpada-padalah sekiranya ingin mengamalkan pati ikan haruan. Jangan sampai memudratkan kesihatan ya. Yang penting jaga kebersihan untuk menyembuhkan luka dengan cepat.

Baca juga: Hati Hati Ibu Bersalin Czer, Ambil Tahu Risiko Ini Jika Pembedahan Dilakukan Lebih 3 Kali

Sumber: Columbia AsiaFacebook Dr Muhammad Izzat, Facebook Dr Imelda MyHealth

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×