Anda semua mesti pernah dengar atau terbaca mengenai pati ikan haruan yang dikatakan hanya membawa kesan buruk kepada pengguna, terutamanya bagi wanita yang bersalin pembedahan atau yang sedang berpantang.
Dikatakan bahawa pati ikan haruan ini akan menyebabkan wanita bersalin pembedahan akan mengalami adhesion colic di mana usus- usus akan melekat akibat makan pati ikan haruan. Jadi, bila hendak melakukan pembedahan, ia akan mengakibatkan kesakitan yang luar biasa.
Tapi sejauh mana perkara buruk ini berlaku? Mungkin ianya tidak akan menjadi serius jika anda mengamalkan nya dengan cara yang betul kan?
Jadi, kalau anda nak tahu cara yang selamat untuk menggunakannya, anda dinasihatkan untuk mengikuti arahan seperti yang tertera di dalam kotak iaitu 1 botol sehari atau pun berjumpa doktor.
Mungkin ada manfaat lain juga yang anda perlu tahu tentang pati ikan haruan ni. Jom lah tengok dulu!
1. Mengandungi protein yang tinggi
Seperti yang anda ketahui, ikan haruan sangat kaya dengan protein. Protein yang terdapat dalam pati ikan haruan baik untuk meningkatkan daya keupayaan dan memperbaiki tisu badan anda.
Pati ikan haruan ini amat bermutu tinggi dengan ramuan tradisional yang diproses dengan teknologi terkini di bawah peraturan GMP yang ketat. Jadi ia tidaklah membawa kesan buruk seperti yang anda telah dengar sebelum ini.
2. Pembentukan semula kolagen dalam badan
Pati ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu dalam pembentukan semula kolagen dalam badan anda serta menambah daya penglihatan.
Selain itu, ia juga dapat membantu bagi melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.
3. Membantu dalam proses pertumbuhan kanak-kanak
Kekurangan albumin boleh terjadi pada tubuh manusia. Hal ini boleh menyebabkan zat tidak dapat diedarkan dengan baik keseluruh tubuh.
Bagi anak kecil, ia boleh menyebabkan terbantutnya pertumbuhan, perkembangan otak yang tidak maksimal, penurunan kekebalan tubuh dan juga menyebabkan anak mudah sakit.
Jadi, bagi kanak-kanak yang mengambil ikan haruan secara teratur akan memiliki kadar albumin jauh lebih tinggi, dan mengalami peningkatan berat badan dan kadar hemoglobin darah secara nyata.
4. Membantu untuk menyembuhkan luka
Hasil kajian saintifik membuktikan isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan luka terutamanya bagi ibu-ibu bersalin dan mereka yang menjalani pembedahan.
Antara kebaikan lain adalah ikan haruan mempunyai asam amino dan lemak yang dapat menyembuhkan luka dalam perut serta amat baik untuk mengubati penyakit gastrik.
Rasai sendiri kesegaran dengan Pati Ikan Haruan Harwany!
Banyak juga antara manfaat pati ikan haruan yang dikongsikan tadi kan? Nampaknya, kalau anda amalkan mengikut arahan yang betul, memang anda akan rasai kebaikannya. Tambah-tambah lagi kalau dengan mengamalkan Pati Ikan Haruan Harwany ini.
Pati Ikan Haruan Harwany yang didatangkan dengan pelbagai variasi seperti perisa Asli, Aloe Vera, Gamat dan Ginseng Amerika ini juga mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing.
Ia bukan sahaja dapat meningkatkan daya keupayaan dan memperbaiki tisu badan anda, malah dapat memberi kesan penyembuhan luka dengan lebih cepat.
Jom dapatkan segera dan amalkan Pati Ikan Haruan Harwany!
Jadi, anda tunggu apa lagi tu? Jom segera dapatkan Pati Ikan Haruan Harwany di Lazada, Shopee atau kedai jamu yang berdekatan.
Selain daripada kedai yang disebutkan tadi, Pati Ikan Haruan Harwany ini juga boleh didapati di mana-mana farmasi tau! Antaranya di Watsons, Guardian, Caring, AEON Wellness, Big Pharmacy, Health Lane, Multicare dan Alpro.
Ketahui lebih lanjut lagi mengenai Pati Ikan Haruan Harwany ini dengan layari laman web mereka di SINI. Jom jadikan ia sebagai sebahagian diet kesihatan anda.