40 Minggu

Dapat 118K Shares, Lelaki Ini Kongsi 20 Idea Menu Berpantang Isteri

24
SHARES
menu berpantang isteri

Berpantang akan dilalui oleh ibu selepas selamat melahirkan anak dan dalam sesi berpantang selama 40-44 hari itu, ibu perlu menjaga pemakanan bagi mengelakkan kesan sampingan seperti gatal pada bahagian luka. Orang lama biasanya memang mementingkan penjagaan makanan dan hanya masak sendiri sahaja menu berpantang isteri di rumah kerana lebih bersih.

Tak salah kan jika sekali sekala para suami masuk ke dapur menyediakan makanan pantang buat isteri tercinta seperti yang dilakukan oleh Shahrul Nizam. Kalau anda tak tahu nak masak apa, jom ikuti 20 idea menu pantang isteri di bawah. Pasti perut isteri kenyang, hati pun gembira.

Baca juga: Elak Anak Kena Ekzema, Ini Diet Seimbang Untuk Ibu Mengandung

MENU BERPANTANG ISTERI INI DAPAT 118K SHARES, KENA CUBA

menu berpantang isteri

  • Ikan tenggiri kukus
  • Kerabu pegaga ikan selar
  • Epal merah

menu berpantang isteri

  • Ikan gelama bakar
  • Sawi masak air
  • Bawang bakar
  • Anggur hitam
  • Kurma

menu berpantang isteri

  • Ikan selar
  • Sawi lobak putih masak air
  • Kurma
  • Anggur hitam

menu berpantang isteri

  • Sup ikan merah
  • Sawi lobak masak air
  • Epal merah
  • Kurma

menu berpantang isteri

  • Ikan tenggiri bakar
  • Sawi celur
  • Ulam salon
  • Epal merah
  • Kurma

  • Ikan selar bakar
  • Ikan bilis berempah
  • Lobak putih masak air lada hitam
  • Anggur hitam

  • Sup ikan bawal
  • Ikan bilis goreng daun kari
  • Ulam rajak
  • Kurma
  • Oren sunkist

  • Ikan gelama masak asam
  • Kerabu peria
  • Epal
  • Anggur

  • Sup ikan tenggiri
  • Ulam raja
  • Epal

  • Sup Ikan merah
  • Sawi celur

  • Kari ayam tanpa santan
  • Ikan tenggiri bakar
  • Serunding halia
  • Ulam peria

  • Ikan gelama masak asam
  • Ayam pandan

  • Ayam Bakar
  • Peria masak air

  • Ayam bakar
  • Kerabu pegaga
  • Bawang putih bakar

  • Ikan masak asam
  • Kerabu peria dan pegaga

  • Sup ayam
  • Ikan tenggiri bakar

  • Ayam bakar
  • Kari daging tanpa santan
  • Ulam peria

  • Sup ayam
  • Ikan panggang
  • Serunding halia

Nampak sedap semua menu di atas kan? Bukan isteri berpantang je boleh makan menu ni, suami dan anak-anak sekali pun patut cuba. Lebih sihat!

Sumber: Facebook Shahrul Nizam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×