40 Minggu

Hati Hati Ibu Bersalin Czer, Ambil Tahu Risiko Ini Jika Pembedahan Dilakukan Lebih 3 Kali

14
SHARES
risiko bersalin czer

Berbicara mengenai kehamilan, pasti setiap impian bakal ibu ingin bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi. Namun, ada kalanya impian itu harus diketepikan kerana keadaan tertentu hingga menyebabkan ibu perlu bersalin secara pembedahan Caesarean atau lebih dipanggil czer.

Seperti penyanyi terkenal, Adira Suhaimi telah menjalani empat kali pembedahan czer demi melahirkan anaknya. Tentu sekali anda tertanya-tanya risiko bersalin czer sekiranya melebihi tiga kali. Jom kami kongsikan.

Baca juga: Hati-Hati Ibu Hamil, Ini Punca Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Ambil Tahu Sebelum Terlambat!

RISIKO BERSALIN CZER LEBIH DARIPADA 3 TIGA KALI, BAHAYA KE TAK?

RISIKO BERSALIN CZER

Seperti pembedahan lain, C-section juga membawa risiko seperti di bawah:

RISIKO SEMASA KEHAMILAN:

Selepas pembedahan czer, risiko plasenta previa dalam kehamilan akan meningkat sebanyak 1.5 hingga 6 kali ganda.

Placenta previa adalah keadaan di mana plasenta tumbuh di atas pembukaan serviks. Lebih banyak C-section yang ibu alami, lebih besar risiko plasenta previa berlaku pada kehamilan berikutnya.

Komplikasi plasenta lain yang boleh disebabkan oleh pembedahan caesar adalah plasenta akreta, plasenta inkreta dan plasenta perkreta.

Semua komplikasi ini secara kolektif dirujuk sebagai spektrum plasenta akreta. Selain itu, risiko rahim pecah pada kadar 0.5% akibat pembedahan caesar sebelum ini.

RISIKO SEMASA BERSALIN: 

Sama seperti mana-mana pembedahan, terdapat risiko bersalin secara cesarean di mana pakar bedah secara tidak sengaja boleh memotong dan mencederakan tisu dan organ di sekelilingnya khususnya di bahagian usus dan pundi kencing.

Jahitan czer boleh berlaku komplikasi apabila tisu parut bersambung dengan tisu dan organ yang lain. Pelakatan ini akan menyebabkan pembedahan pada masa akan datang lebih sukar dan memerlukan masa yang lama.

Selain itu, risiko si ibu untuk mengalami pendarahan berlebihan selepas bersalin lebih tinggi sekiranya melakukan pembedahan secara czer.

RISIKO BERSALIN CZER

RISIKO SELEPAS BERSALIN 

Parut endometriosis boleh berlaku selepas pembedahan czer. Ini bermakna ibu yang telah menjalani dua atau lebih pembedahan caesar mempunyai risiko tiga kali ganda berbanding mereka yang hanya menjalani satu pembedahan caesar. Selepas lima kali cesarean, risiko meningkat sebanyak enam kali ganda.

Kajian mendapati bahawa ia boleh berlaku berbulan-bulan atau bertahun-tahun selepas pembedahan, dengan jangka masa purata kejadian pada 30 bulan daripada mereka yang bersalin secara normal iaitu melalui faraj.

Jangkitan pada luka pembedahan juga salah satu komplikasi paling biasa berlaku selepas pembedahan C-section. Jangkitan luka boleh menyebabkan kematian ibu sehingga 3%.

Secara amnya:

RISIKO KEPADA IBU:

  • Jangkitan kuman
  • Kehilangan darah
  • Darah beku
  • Kecederaan semasa pembedahan
  • Mengganggu kehamilan akan datang
  • Rahim terkoyak

RISIKO BERSALIN CZER

Kajian mendapati bahawa lebih banyak pembedahan czer, lebih berisiko pembedahan seterusnya untuk ibu dan bayi. Sesetengah individu boleh menjalani pembedahan C-section sehingga enam atau tujuh kali tanpa sebarang komplikasi tetapi ada juga ibu yang mengalami masalah gangguan spektrum dan plasenta akreta selepas satu kali menjalani pembedahan czer.

Jadi, pakar tidak mengesyorkan menjalani pembedahan czer melebihi tiga kali seumur hidup kerana setiap kali pembedahan tersebut dilakukan maka ia boleh mendatangkan risiko bahaya.

Sumber: Very Well Family, NHS, Parents, Mayo Clinic & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×