40 Minggu

‘Kena Jaga Betul-Betul’- Ini 4 Peringkat Luka Bersalin & Tips Penjagaan Supaya Tak Terkoyak!

6
SHARES
luka bersalin

“Adui… Rasa berdenyut-denyut dekat jahitan bersalin ni. Ni baru 2 hari, dah rasa tak tahan. Macam mana nak sembuhkan luka bersalin dengan cepat ye?”

Kebanyakan wanita yang melahirkan bayi secara normal akan melalui proses episiotomi, iaitu guntingan yang dibuat pada bahagian perineum. Tujuan prosedur ini dilakukan adalah untuk membantu ibu bersalin dengan lancar dan mudah, di samping mengelakkan komplikasi yang lebih buruk seperti koyakan atau bayi lemas (fetal distress). Bukan itu sahaja, buat ibu yang melahirkan melalui pembedahan juga turut perlu menjaga luka jahitan.

Baca juga: Tips Penjagaan ‘Nipple’ Untuk Ibu Yang Menyusukan Anak, Elak Sakit ‘Nipple Crack’!

4 JENIS PERINGKAT LUKA BERSALIN

Sebelum tahu tips penjagaan luka bersalin, jom kita fahami setiap peringkat luka bersalin:

1st degree tear: Ia membabitkan kesan melecet yang terhad pada fouchette dan kawasan di luar kulit perineal atau mucosa vagina iaitu bahagian dalam vagina.

2nd degree tear: Jahitan luka bersalin ini membabitkan kawasan luar fourchette, kulit perinal dan mukosa vagina hingga ke otot perineal dan fascia tetapi tidak sampai mencecah kawasan sfinker dubur.

3rd degree tear: Ia melibatkan fourchette, kulit perineal, mukosa vagina dan sfinkter dubur.

4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.

4rd degree tear: Jahitan di kawasan yang lebih dalam iaitu fourchette, kulit perineal, mukosa vagina, sfinkter dubur dan mukosa dubur.

Episiotomi: Keadaan luka yang dialami sama seperti 2nd degree tear tetapi koyakan ini disebabkan gunting dan bukan koyakan semula jadi.

TIPS PENJAGAAN LUKA BERSALIN

1- Pastikan bahagian sekitar faraj sentiasa dalam keadaan bersih dan kering.

2- Cuci dan basuh bahagian tersebut dengan menggunakan air sahaja atau air suam.

3- Elakkan daripada mengelap atau menggosokkan bahagian tersebut dengan tuala. Sebaiknya biarkan kering secara semula jadi.

4- Jangan gunakan sebarang sabun mandian, meletakkan minyak atau krim pada luka jahitan itu.

5- Pastikan ibu menukar tuala wanita dengan kerap.

6- Kalau pendarahan selepas bersalin sudah berhenti, ibu digalakkan untuk tak pakai pakaian dalam pada waktu malam bagi memberikan pengudaraan.

Apa kesannya kalau jahitan bersalin terbuka?

Ramai ibu yang berjaya sembuhkan luka jahitan dalam masa kurang 2 minggu dan biasanya tak ada aa-apa masalah. Tak ada risiko untuk jahitan kembali terbuka disebabkan senaman atau seks.

Sumber: Twitter @myheartcommunity

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×