40 Minggu

Hati-Hati Ibu Hamil, Ini Punca Bayi Meninggal Dalam Kandungan, Ambil Tahu Sebelum Terlambat!

92
SHARES
BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN

Bayi meninggal dalam kandungan atau dipanggil stillbirth bermaksud janin yang terbentuk meninggal dalam kandungan ibu selepas 20 minggu kehamilan atau sebaik dilahirkan. Berbeza dengan keguguran janin di mana proses kehamilan yang berakhir dengan sendirinya dalam tempoh 20 minggu usia kandungan.

Walaupun kelahiran mati sering berlaku namun masih ada lagi yang tidak tahu punca bayi meninggal dalam kandungan kerana kurang mendapat pendedahan. Jangan risau, jom kami kongsikan untuk anda.

Baca juga: Rasa Nak Bersenam Semasa Hamil, Cuba 5 Senaman Ini, Barulah Senang Beranak!

PUNCA BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN, BERBEZA DENGAN KEGUGURAN

BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN

1. KOMPLIKASI PLASENTA

Banyak kes bayi meninggal dalam kandungan dikaitkan dengan komplikasi plasenta. Plasenta adalah organ yang menghubungkan bekalan darah bayi kepada ibu.

Sekiranya terdapat masalah dengan plasenta, bayi yang meninggal dalam kandungan biasanya dilahirkan dengan sempurna, walaupun kecil.

2. KESIHATAN IBU 

Penyakit lain kadang kala boleh menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan. Antara penyakit berisiko tinggi adalah diabetes, penyakit jantung, penyakit tiroid, atau jangkitan virus atau bakteria.

3. GAYA HIDUP

Jika anda mengamalkan minuman alkahol, menghisap dadah atau merokok, ini berkemungkinan besar akan menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan.

BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN

4. JANGKITAN KUMAN

Jangkitan kuman ketika kandungan usia antara minggu 24 dan minggu 27 boleh menyebabkan kematian janin. Biasanya, ia adalah kerana jangkitan bakteria yang bergerak daripada faraj ke rahim.

Bakteria biasa termasuk Streptococcus Kumpulan B, E. coli, klebsiella, enterococcus, Haemophilus influenza, klamidia dan mycoplasma atau ureaplasma.

5. JANIN TERLILIT TALI PUSAT

Selain punca di atas, janin terlilit tali pusat juga antara punca menyebabkan bayi meninggal dalam kandungan kerana bayi tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Berikut merupakan antara faktor yang boleh meningkatkan risiko bayi mati dalam kandungan ibu iaitu:

  • Mempunyai anak kembar atau kehamilan berganda.
  • Mempunyai bayi yang tidak membesar seperti sepatutnya dalam kandungan.
  • Berumur lebih 35 tahun.
  • Merokok, minum alkohol atau penyalahgunaan dadah semasa hamil.
  • Obes – mempunyai indeks jisim badan melebihi 30.

BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN

Segera berjumpa doktor sekiranya ibu mempunyai tanda-tanda seperti di bawah:

1. Bayi berhenti bergerak atau kurang daripada biasa.

2. Ibu mengalami kesakitan yang kuat atau kekejangan di perut dan belakang badan.

3. Mengalami pendarahan atau lebih banyak keputihan daripada biasa.

4. Ibu berasa pening, mengalami perubahan pada penglihatan dan mengalami sakit kepala yang teruk.

5.  Muka, kaki atau tangan tiba-tiba membengkak.

6. Loya dan muntah yang teruk sehingga mengganggu selera makan.

Sekiranya ibu tidak dapat merasai 10 tendangan daripada bayi dalam tempoh dua jam, bayi mungkin meninggal dalam kandungan.

Sumber: CDC, WHO, NHS, Pregnancy Birth & Baby

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×