40 Minggu

Cara Selamat Melahirkan Bayi Yang Meninggal Dalam Kandungan, Elak Komplikasi

12
SHARES
bayi meninggal

Sedihnya bagi seorang ibu dan bapa dapat mengetahui bayi meninggal dalam kandungan selepas usia kandungan mencecah 20 minggu (stillbirth). Ini berita yang tidak menggembirakan kerana kandungan yang dinanti-nantikan tidak sempat untuk melihat dunia.

Namun, ada yang tertanya-tanya apakah prosedur melahirkan bayi yang meninggal dalam kandungan adalah sama seperti melahirkan bayi hidup? Prosedur apa yang selamat untuk si ibu melahirkan kandungan yang meninggal dunia?

Baca juga: Awas! 3 Tabiat Lelaki Selalu Buat Ini Boleh Rosakkan Zakar Termasuklah ‘Main Sabun’

BAYI MENINGGAL DALAM KANDUNGAN? APA PILIHAN CARA SELAMAT NAK LAHIRKAN?

bayi meninggal

Jika disyaki bayi anda mungkin telah meninggal dunia, bidan atau doktor pada mulanya mungkin akan memeriksa degupan jantung bayi menggunakan peranti Doppler pegang tangan. Anda juga akan ditawarkan untuk membuat imbasan ultrasound untuk memeriksa degupan jantung bayi.

Kadangkala seorang ibu mungkin masih merasakan bayinya bergerak selepas kematian disahkan. Ini boleh berlaku apabila ibu menukar kedudukan. Dalam kes ini, ibu mungkin dibawa untuk melakuka satu lagi imbasan ultrasound.

Namun, jika bayi meninggal dunia sebelum bersalin, dia biasanya akan ditawarkan ubat untuk membantu mendorong kelahiran. Ini lebih selamat untuk ibu daripada menjalani pembedahan caesarean dan doktor juga akan memberikan ubat kepada faraj ibu untuk merangsang pembesaran serviks.

Ibu-ibu lain mungkin memerlukan beberapa hari (1-2 hari) untuk bersiap sedia untuk melahirkan bayi mereka. Namun, jika ibu mengalami jangkitan, doktor akan mengesyorkan agar bayi anda segera dikeluarkan dengan cara seperti di bawah.

1.BERSALIN CAESAREAN ATAU NORMAL

Sesetengah ibu dengan keadaan tertentu akan dinasihatkan untuk menjalani pembedahan caesarean, seperti jika kedudukan bayi tidak normal (kepala bayi tidak berada di bawah serviks), ibu mengalami atau pernah mengalami kelainan plasenta, bayi lebih besar daripada saiz pelvis ibu, ibu melahirkan secara pembedahan caesar pada kehamilan sebelumnya, kehamilan berganda, dan keadaan istimewa lain. Pembedahan Caesarean dilakukan untuk mengelakkan komplikasi semasa bersalin, seperti pendarahan.

2.DILATION

Selain bersalin normal atau pembedahan caesarean, proses pembuangan bayi mati juga boleh dilakukan dengan cara dilation and curettage (D&C) atau lebih dikenali sebagai curettage. Prosedur ini dijalankan sekiranya kandungan ibu masih dalam trimester kedua. Prosedur ini mempunyai komplikasi yang lebih sedikit berbanding prosedur induksi dalam usaha melahirkan secara normal.

ADAKAH SAKIT MASIH SAMA MACAM BERSALIN NORMAL?

bayi meninggal

Prosedur melahirkan bayi meninggal dalam kandungan tidak jauh berbeza dengan prosedur melahirkan bayi yang masih hidup. Selepas anda melahirkan bayi dengan prosedur bersalin normal, anda masih akan mengalami kontraksi dengan tahap kesakitan yang sama. Anda juga akan merasakan sakit yang sama di badan dan mungkin mengalami pendarahan faraj, kekejangan rahim dan sakit perineum selepas bersalin.

*Apa-apa pun diharapakan si ibu sentiasa kuat menerima berita sebegini dan diberikan kesembuhan dengan cepat..

Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

Sumber: NHS UK, Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×