Bila bercakap mengenai ‘bonding’ atau ikatan antara bayi dalam kandungan, mesti akan dikaitkan lebih kepada si ibu bukan? Katanya, bayi dalam kandungan akan memupuk rasa kasih sayang kepada si ibu yang hamilkan mereka lebih dari si ayah. Para ayah jangan risau, kerana anda pun boleh pupuk ikatan yang kuat bersama bayi sejak dari dalam kandungan lagi!
Berdasarkan perkongsian dari Dr. Samhan, terdapat dua cara yang si ayah boleh lakukan setiap hari supaya si manja dapat merasa sentuhan kasih sayang ayahnya di dalam kandungan. Menarik!
Baca juga: Cara Bertangas Atau ‘Sitz Bath’, Mommy Hamil Pun Boleh Buat Untuk Elak Gatal Di Kemaluan
NAK TIPS BAPA BONDING DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN?

Foto: Freepik
Bukan ibu sahaja boleh buat bapa pun boleh! Walaupun bapa tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan bayi yang masih dalam kandungan, ini tips untuk bantu bapa membina ikatan dengan bayi tersebut.
1) Kerap usap perut isteri
Mungkin amalan ini nampak simple tapi ia adalah tips yang berkesan untuk membentuk hubungan dengan bayi dalam kandungan. Sebab apa ia penting?
Kerana bayi boleh rasa sentuhan antara minggu ke-24 dan minggu ke-25 kehamilan (dan ke atas). Ketika ini, bayi sudah memiliki kemampuan untuk merasa pelbagai sensasi, termasuk sentuhan. Kulit bayi, terutamanya di bahagian muka, tapak tangan, dan tapak kaki, menjadi peka terhadap sentuhan.
2) Kerap bercakap dengan bayi dalam kandungan
Pada minggu ke-25 (dan ke atas) kehamilan, mereka dah boleh dengar suara. Sebuah kajian menunjukkan bahawa bayi mempunyai keupayaan untuk belajar secara pranatal. Kajian tersebut juga membuktikan bahawa bayi dalam kandungan boleh membezakan suara ibu dia dengan suara orang asing.
Ini dipengaruhi oleh kekerapan bayi tersebut mendengar suara si ibu. Lebih kerap bayi tersebut mendengar suara si ibu, lebih cepat hubungan terbentuk.
Kajian ini telah menunjukkan bahawa bayi dalam kandungan dapat membezakan antara suara yang berlainan dan lebih cenderung untuk mengenalpasti suara-suara ‘familiar’, termasuklah suara ibu dan, dalam kadar tertentu, suara bapa.

Foto: Freepik
*Jadi bapa-bapa di luar sana boleh praktikkan dua tips ini supaya boleh pupuk awal hubungan dengan bayi anda.
Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!
Sumber: X @DrSamhan
Foto: Freepik