Sihat

Awas! 3 Tabiat Lelaki Selalu Buat Ini Boleh Rosakkan Zakar Termasuklah ‘Main Sabun’

2
SHARES
zakar lelaki

Seringkali kita bercakap tentang kesihatan organ sulit para wanita sahaja dan terlepas pandang tentang kesihatan organ sulit lelaki. Untuk abang abang semua, tahukah anda ada beberapa tabiat yang sering dilakukan sebenarnya dapat merosakkan zakar lelaki anda yang normal?

Jadi, sebelum masalah kerosakkan ini berlanjutan sehingga menyebabkan anda susah untuk mendapat zuriat, tinggalkan 3 tabiat ini sebelum terlambat ya!

Baca juga: Petua Turunkan Suhu Demam Tanpa Ubat, Hanya Campur 2 Bahan Dapur Ini & Minum!

3 TABIAT ROSAKKAN ZAKAR LELAKI, ABANG ABANG JANGAN SELALU BUAT!

zakar lelaki

#1 Menghisap rokok

Pasti ramai dalam kalangan sudah sedar tentang amalan merosakkan tahap kesihatan badan ini bukan? Rokok adalah antara punca utama ramai dalam kalangan lelaki mati pucuk. Ini kerana tembakau serta bahan kimia lain yang bahaya di dalam rokok itu akan menjejaskan saluran dan aliran darah di dalam zakar lelaki.

Menurut kajian dari University of Sheffield terhadap 1,970 orang lelaki perokok pada tahun 2014, didapati bahawa kurang 4% daripada jumlah tersebut yang memiliki sperma dalam kuantiti yang banyak serta berkualiti sekali gus menjejaskan aspek kesuburan mereka. Jadi, jangan salahkan wanita semata-mata ya!

#2 Tabiat gemar ‘main sabun’

Paling penting sekali untuk para lelaki tahu adalah tabiat yang sangat bahaya buat zakar lelaki adalah main sabun! Kalau anda yang pertama kali mendengar terma ‘main sabun’ ini, ia merupakan bahasa pasar atau bahasa kolokial untuk melambangkan tabuat onani.

Dipanggil sebagai ‘main sabun’ kerana sabun itu selalu digunakan oleh lelaki di dalam bilik air sebagai alat ‘pelincir’ ketika mengurut atau menggosok alat kemaluan. Tabiat onani ini sendiri sudah pasti boleh menjejaskan zakar  terutama jika lelaki melakukan ia pada kadar kerap atau dengan cara yang salah. Bawa bersabar.

#Jangan lupa cukur bulu pada alat kelamin

Bukan sahaja dalam kalangan wanita, kaum lelaki juga cenderung untuk mengabaikan bulu di alat kelamin mereka lantas membiarkan sahaja ia tumbuh dengan lebat umpama ‘hutan simpan’. Namun, ini bukanlah hutan simpan yang terpelihara kerana boleh mengundang pelbagai jenis bakteria dan kulat lantas menyebabkan jangkitan kuman.

Tak susah pun untuk memotong atau mencukur bulu sekitar alat kelamin secara berkala dan jangan lupa juga untuk cuci dengan betul. Jangan ambil remeh, tak sah solat kalau cuci tak bersih!

PERIKSA ZAKAR SEBULAN SEKALI

zakar lelaki

1.Pastikan kemaluan berada dalam keadaan rileks.

2.Tadah tangan di bawah zakar untuk rasa keberatannya.

3.Picit pada bahagian skrotum pada bahagian atas testis.

4.Gunakan jari untuk merasai keseluruhan permukaan testis : #Untuk memastikan organ tersebut tidak bergerak.

5.Periksa batang dan kepala penis : #Tekan perlahan dan pastikan tiada ketulan dan tak sakit.

#Kalau mempunyai kulit yang menutup kepala penis, tarik ke belakang.

*Jadi wahai kaum lelaki, pastikan zakar anda sihat dahulu sebelum nak ‘complaint’ tentang kesuburan kaum wanita..

Baca juga: Kerap Kencing Tapi Kurang Minum Air? Guna Petua Blend Buah Delima & Minum Selama 10 Hari

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×