Buat bakal ibu yang akan melahirkan bayi tidak lama lagi, sudah pastinya telah mempersiapkan diri dengan pelbagai kelengkapan untuk berpantang. Namun, jangan lupa dengan barang keperluan untuk simpan susu badan lebih tahan lama kerana ini sangat penting!
Kalau runsing barang apakah yang anda kena beli dari A-Z untuk menyimpan susu dengan lebih tahan lama ini, berikut merupakan senarai barang untuk mommy dan daddy shopping!
Baca juga: Mommy Boleh Kurangkan Sakit Kontraksi Dengan Mandi Air Suam & Amal Bismillah Syifa’
MOMMY YANG NAK SIMPAN SUSU BADAN TAHAN LAMA KENA BELI BARANG INI
#Untuk Penyimpanan Susu
1.COOLER BAG
Bag penyejuk yang kita akan gunakan untuk bawa susu ibu yang sudah dipump.
2.ICE BRICK
Guna ice brick sebab ice brick lagi tahan daripada ice pack. Ice brick Ini tak mudah pecah sebab gel aisnya disaluti dengan plastik keras. Tahan lama!
3.STORAGE BOTTLE
Untuk simpan stok susu ibu yang dipump. Boleh guna ‘Autumnz bottle storage’ sebab murah and ada nombor-nombor sukatan tepi tu.
4.BREAST MILK PLASTIC STORAGE
Mommy yang simpan stok susu banyak dalam freezer kena beli.
5.MILK FREEZER
Kalau susu badan banyak sangat, mommy boleh beli extra freezer khusus untuk letak susu badan. Susu boleh tahan sehingga 6 bulan.
#Untuk Mencairkan Susu
1.PORTABLE WARMER
Ini antara portable warmer pilihan mama especially sewaktu travel dan keluar.
2.MILK WARMER
Mudah dan cepat panaskan susu bayi.
#Pump Susu
1.HANDSFREE BREAST PUMP
Kena ada untuk mommy bekerja di office sebab bunyi slow, suction kuat dan harga berpatutan sangat! Boleh bawak office dengan senang!
2.ELECTRIC RECHARGEBLE BREAST PUMP
Boleh pump sampai dekat 15 oz untuk satu sesi.
3.MANUAL BREAST PUMP
Untuk ibu yang suka manual punya pump, boleh cuba brand ‘Medela Harmony’ ni. Ada banyak trick bagi susu keluar “melimpah”.
#Untuk Masalah Nipple Crack & Keselesaan
1.NURSING BUTTER
Nursing butter adalah benda ibu menyusu selalu guna sebab bagus sangat untuk protect and jaga nipple kita especially direct feeding mommy.
2.BRA MENYUSU
Yang ni sangat popular dan memang wajib ada.
3.BREASTFEEDING COVER
Untuk menyusu anak di tempat awam.
4.BREASTFEEDING PILLOW
Mommy dan baby lebih selesa ketika menyusu.
*Seronok dan rasa tak sabar nak membeli-belah barang keperluan menyusu ini kan?
Baca juga: 7 Perkara Penting Mommy Mommy Kena Buat Sebelum Masuk Labour Room Bersalin!