40 Minggu

Hukum Jadikan Susu Ibu Sebagai Produk Jualan Terutama Dalam Makanan, Hati-Hati Ia Libatkan Nasab Bayi!

14
SHARES
susu badan

Kebelakangan ini, berlaku kepelbagaian inovasi terhadap susu ibu untuk dijadikan produk-produk seperti perhiasan, kosmetik, sabun serta produk makanan yang mengandungi komponen daripada susu badan ibu.

Contohnya, sumber kultur probiotik daripada susu ibu untuk dijadikan sebagai salah satu bahan dalam produk makanan. Ikuti penjelasan yang dikeluarkan mufti tentang penggunaan susu ibu secara meluas dalam produk-produk seperti ini.

Baca juga: Risau Muncul Ketulan Di Payudara, Jangan Panik, Pegang Bahagian Bengkak & Baca Doa Ini

SUSU BADAN IBU DIKOMERSIALKAN

susu badan

Gambar: ohmyhome

Melalui sumber portal Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan komponen atau kandungan daripada susu badan ibu sebagai bahan dalam makanan seperti sumber probiotik, bagi setiap peringkat umur adalah dilarang berdasarkan faktor-faktor berikut:

  • Susu ibu tidak boleh diperlakukan seperti harta untuk diperdagangkan dan dieksploitasi memandangkan pensyariatannya hanya untuk bayi serta kebaikannya secara langsung untuk bayi.
  • Lebihan susu ibu yang diambil lebih penting untuk diberikan kepada bayi susuan secara langsung (breastfeeding) kerana keperluannya yang sangat getir bagi proses tumbesaran bayi berbanding dengan kegunaaan produk yang bakal dikomersialkan.
  • Langkah berjaga-jaga terhadap kekeliruan percampuran nasab. Produk berasaskan susu ibu untuk kategori bayi berkemungkinan boleh berlaku pensabitan nasab bayi apabila produk diberikan secara berkala. Ia berdasarkan maqasid al-syar’iyyah iaitu hifz al-nasl (menjaga keturunan).
  • Keperluan kepada produk yang bersumberkan probiotik susu ibu bukan pada tahap daruriyyat (keperluan mendesak). Ia hanya bersifat alternatif dan kategori tahsiniyyat (pelengkap) .
  • Memilih pandangan yang tidak membenarkan menjual apa-apa juzuk anggota manusia termasuk susu ibu.

Baca juga: Tak Ada Angin & Ribut Tiba-Tiba Isteri Minta Cerai Tanpa Sebab, “HARAM Masuk Syurga”!

Baca juga: Dah Nampak Tapi Selamba Je Telan Air Ada Semut, Jangan Buat Main Haram Minum!

Kesimpulan

Sehubungan itu, pandangan yang tidak membenarkan penjualan susu adalah lebih sesuai pada zaman kini dan dianggap sebagai langkah berjaga-jaga agar manfaat susu ibu tidak dieksploitasi untuk tujuan pemasaran.

Malahan, sekiranya berlaku lebihan susu ibu untuk keperluan bayi, maka sebaiknya diberikan kepada bayi lain yang memerlukan untuk dijadikan bayi susuan.

Baca juga: Terpalit Isu Panas, Ini 3 Pendakwah Popular Yang Ada Kes Mahkamah, Memang Tak Sangka…

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

FT Image: ohmyhome / Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×