Dapur

Dah Nampak Tapi Selamba Je Telan Air Ada Semut, Jangan Buat Main Haram Minum!

4
SHARES
hukum minum air bersemut

Dalam kehidupan orang Islam, biarpun sekecil-kecil perkara tetap ada hukumnya dan wajiblah mengambil tahu agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Perkara ini termasuklah hukum minum air bersemut.

Nak tahu butirannya, ikuti penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus di bawah.

Baca juga: 12 Gerakan Ajaran Sesat Di Malaysia Berjaya Dibongkarkan, Semua Bertentangan Dengan Al-Quran & Sunnah!

HUKUM MINUR AIR BERSEMUT

hukum minum air bersemut

Apakah hukumnya makan semut yang jatuh ke dalam air minuman? Adakah semut itu najis dan bolehkah minum air itu?

Hukum makan semut

Hendaklah kita tahu bermula hukum memakan semut itu adalah haram kerana semut adalah termasuk haiwan yang dilarang membunuhnya.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ §نَهَى عَنْ قَتْلِ أَرْبَعٍ مِنَ الدَّوَابِّ النَّمْلَةِ وَالنَّحْلَةِ وَالْهُدْهُدِ وَالصُّرَدِ

Ertinya: “Bahawasanya Nabi sollalahualaihi wasallam melarang dari membunuh empat jenis haiwan melata iaitu semut dan lebah dan burung hud-hud dan burung Surad.” (Hadith riwayat Al-Baihaqi)

Berkata Imam Nawawi :

قال الشافعي والاصحاب: مَا نُهِيَ عَنْ قَتْلِهِ حَرُمَ أَكْلُهُ؛ لِأَنَّهُ لَوْ حَلَّ أَكْلُهُ، لَمْ يُنْهَ عَنْ قَتْلِهِ – فَمِنْ ذَلِكَ النَّمْلُ وَالنَّحْلُ فَهُمَا حَرَامٌ

Ertinya: “Berkata Imam Syafie dan Ashab : Apa yang dilarang daripada bunuhnya maka haramlah memakannya kerana sungguhnya jikalau halal memakannya nescaya tidak dilarang daripada bunuhnya. Maka setengah dari yang demikian itu ialah semut dan lebah maka keduanya adalah haram.” (Kitab Al-Majmuk)

Hukum minum air ada semut

Oleh itu, jika ada semut di dalam air minuman atau makanan maka hendaklah dibuang dan tidak ditelan semut tersebut sama ada semut yang masih hidup atau yang telah mati.

Perbuatan menelan semut bersama dengan air minum adalah haram.

Melainkan jika bukan dengan sengaja seperti tidak nampak ada semut dalam minuman lalu diminumnya bersama, maka dimaafkan. Ia tidak haram kerana bukan sengaja dan demikian lagi dimaafkan jika sukar membuangnya kerana halusnya.

Baca juga: 8 Situasi Kiraan Faraid Bila Isteri Meninggal Dunia, Hati-Hati Jangan Nafikan Hak Sepatutnya!

SEMUT JATUH DALAM AIR ADA 2 SITUASI DIMAAFKAN ATAU TIDAK

hukum minum air bersemut

Semut adalah haiwan yang suci ketika hidupnya. Kalau semut masuk dengan sendirinya ke dalam air dan tidak mati, maka air tersebut tidak najis kerana serangga yang hidup adalah suci.

Jika telah mati, maka jadilah ia bangkai yang najis cuma adakalanya dimaafkan dan adakalanya tidak dimaafkan.

1. Dimaafkan

Jika semut itu mati, maka jadilah ia bangkai yang najis. Manakala hukum air itu pula jika semut terjatuh dengan sendirinya, maka dimaafkan air tersebut boleh meminumnya jika mahu.

2. Tidak dimaafkan

Jika dimasukkan semut ke dalam air lalu mati, maka air itu ternajis dan tidak dimaafkan meminumnya.

Contohnya:

  • Memasukkan semut ke dalam air itu ialah seorang yang telah nampak semut pada gula yang hendak dimasukkan ke dalam air panas dan dia tidak membuang semut tersebut. Lalu dimasukkan semut bersama gula ke dalam air yang panas itu dan ia mati.

Berkata Syeikh Al-Bajuri:

لو طرح ما لا نفس له سائلة في المائع ضر، وهو ما جَزَمَ به الرافعيُ في الشرح الصغير

Ertinya: “Kalau dimasukkan haiwan yang tiada baginya darah yang mengalir ke dalam cecair maka ia memberi mudarat. Dan yaitulah barang yang telah memutuskan dengannya oleh Imam Ar-Rafie pada Syarah As-Saghir.” (Kitab Hasyiah Al-Bajuri)

Maksud memberi mudarat itu ialah menajiskan air.

Baca juga: Turutan Solat & Zikir Seharian Untuk Rezeki Tak Putus, Hidup Lebih Bahagia!

Kesimpulan

Air yang ada bangkai semut di dalamnya itu boleh diminum dengan syarat semut itu masuk dengan sendirinya dan bangkai semut yang ada di dalam air itu sedikit seperti beberapa ekor dan dikeluarkan bangkainya sebelum minum air.

  • Adapun jika banyak bangkai semut dan mengubah akan air itu maka air itu hukumnya telah ternajis tidak boleh diminum.
  • Semut haram dimakan sama ada yang masih hidup atau yang sudah menjadi bangkai.
  • Haram makan semut hidup kerana semut termasuk haiwan yang dilarang bunuh dan haram makan semut yang telah mati kerana diharamkan makan bangkai.

Wallahua’lam.

Baca juga: 9 Petua & Doa Untuk Pasangan Saling Mencintai, Biar Mekar Hingga Hujung Nyawa!

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

FT Image: waleedalzuhairGettyImages – Jose A. Bernat Bacete

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×