Dapur

Cuaca Terik Buat Tekak Kering, Cuba 5 Resipi Minuman Segar Ini, Sekali Minum Terus Lega!

17
SHARES
minuman segar

Cuaca panas buatkan seseorang mudah mengalami dehidrasi kerana kekurangan air dalam badan. Faktor cuaca inilah sepatutnya menjadi pendorong untuk anda minum lebih banyak air. Paling best apabila dapat minuman segar ketika musim panas, rasa lega saat air tu mengalir dalam tekak.

Selain air putih, boleh juga anda mencuba pelbagai resipi minuman lain yang dapat menyegarkan tekak anda. Tanda minuman itu segar dan  terbukti sedap adalah saat minum, rasa haus anda akan terus hilang sekelip mata. Jom ikuti perkongsian penulis mengenai resipi minuman segar, boleh cuba di rumah!

Baca juga: 4 Resipi Minuman Paling Sedap Untuk Hari Raya, Confirm Tetamu Suka!

5 RESIPI MINUMAN SEGAR, SESUAI MINUM KETIKA CUACA PANAS

1. SIRAP LONGAN MASAM MANIS

minuman segar

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu makan sirap
  • 2 gelas air
  • 6 biji longan dalam tin
  • 1 biji lemon
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Larutkan gula di dalam air.
  2. Masukkan sirap dan kacau hingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan longan.
  4. Belah kepada 2 bahagian lemon. Sebelah diperahkan ke dalam sirap manakala yang lagi sebelah hiris untuk hiasan.
  5. Tambah ais. Kemudian, air anda sedia diminum!

2. SODA SERAI BERMADU

minuman segar

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan madu
  • 1 cawan soda
  • 1 batang serai (diketuk)

Cara penyediaan:

  1. Letakkan madu di keliling dinding gelas. Kemudian, masukkan soda.
  2. Seterusnya, masukkan serai dan biarkan seketika.
  3. Letakkan ais (jika suka) dan air anda sedia diminum!

3. PEPPERMINT LEMONADE

minuman segar

Bahan-bahan:

  • 4 sudu makan gula
  • Secubit garam
  • 3 tangkai pudina
  • 500 ml air
  • Perah dan tapis jus 2 biji lemon
  • Ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan gula, garam dan pudina ke dalam bekas. Isikannya dengan air. Kacau sehingga gula larut dan daun pudina agak hancur.
  2. Seterusnya, masukkan jus lemon. 
  3. Akhir sekali, tambahkan ais dan air anda sedia diminum.

4. JUS MANGGA PUDINA

makanan segar

Bahan-bahan:

  • 2 biji mangga
  • 2 sudu besar yogurt
  • 2 gelas air
  • 2 biji limau kasturi
  • Sedikit daun pudina

Cara penyediaan:

  1. Kupas mangga dan hiris buahnya. Kisar mangga dan yogurt bersama 2 gelas air.
  2. Tuangkan jus mangga ke dalam gelas.
  3. Hiris limau kasturi dan masukkan ke dalam gelas. 
  4. Kemudian, tambah air gula jika suka.
  5. Seterusnya, masukkan ais dan letakkan daun pudina.

5. JUS STRAWBERI LAICI

minuman segar

Bahan-bahan:

  • 5 biji strawberi
  • 1 cawan air
  • 4 sudu makan gula
  • 5 biji laici
  • Air dan ais secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kisar halus strawberi dengan 1 cawan air dan gula.
  2. Kemudian, masukkan jus yang telah dikisar ke dalam cawan.
  3. Tambah air jika anda rasa perlu.
  4. Akhir sekali, masukkan laici dan ais. Kacau sekejap dan air anda sedia diminum!

Jadi, tunggu apa lagi? Nikmatilah minuman segar di atas, pasti dapat legakan rasa dahaga di tekak. Apa yang paling best, lebih jimat dan anda boleh minum minuman ini dalam kuantiti yang banyak, tidak seperti membeli di kedai! Selamat Mencuba!

Sumber: Rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×