Hari Raya bakal tiba, mak-mak mesti pening fikirkan menu minuman yang nak disediakan nanti. Usah pening kepala, Sirap Limau nak kongsikan 4 resipi minuman yang mudah dan menarik untuk anda cuba di Hari Raya.
Soda Bandung
Air bandung dengan Raya memang tak dapat dipisahkan. Kalini kita buat resepi twist, ada air soda. Rasa lemak lemak!
Bahan-bahan:
1.65L air aiskrim soda
500ml kordial sirap ros
700ml susu cair
Secubit garam
Ais batu
Cara :
- Tuangkan air aiskrim soda ke dalam jag.
- Kacaukan air aiskrim soda yang didalam jag untuk bebaskan sedikit gas.
- Masukkan sedikit garam ke dalam air aiskrim soda untuk kurangkan asid dan buatkan sirap bandung lebih berlemak.
- Masukkan kordial sirap ros ke dalam jag. Kacau hingga sebati.
- Akhirnya, masukkan susu cair ke dalam jag sambil kacau air perlahan-lahan supaya air tidak berkeladak.
Laici Lemonade
Buah laici yang manis dipadankan pula dengan perahan lemon dan daun pudina yang menyegarkan, boleh melegakan tekak dan menyejukkan badan setelah penat beraya di Aidilfitri.
Bahan-bahan:
5 biji buah laici
Daun pudina
½ lemon (diperah)
Hirisan lemon
½ air soda
Ais
Air gula (optional)
Cara :
- Masukkan laici, daun pudina yang dikoyak kasar dan perahan air lemon
- Masukkan air soda dan ais
- Sedia dihidang
Soda Kelapa Pudina
Minuman klasik yang diberikan nafas segar dengan tambahan pudina dan soda yang menyegarkan. Sesuai untuk dijadikan minuman wajib dihidang di hari perayaan.
Bahan-bahan:
½ cawan air kelapa
½ cawan sparkling water
Daun pudina segar
Hirisan lemon
Ais
Air gula (optional)
Cara :
- Campurkan air kelapa dan sparkling/soda.
- Masukkan perahan air lemon & limau
- Kemudian racik kasar daun pudina dengan tangan
- Tambah air gula ikut selera
- Masukkan ais
- Sedia dihidang
Sirap Susu Thai
Rupanya sahaja seakan-akan bandung, tapi rasanya jauh lebih sedap dan berlemak! SIrap susu ni bandung versi Thailand yang confirm jadi kegemaran keluarga. Wajib cuba!
Bahan-bahan:
5 sudu Sala’s syrup
4 sudu kecil susu pekat
200 ml susu full cream
Ais
Cara:
- Campur sirap dengan susu pekat dalam cawan. Kacau sebati
- Tuang campuran kedalam gelas berisi ais dan tuang susu krim penuh
- Sedia dihidang
4 resipi air yang sedap ni pastinya menggiurkan dan dapat memuaskan hati dengan sensasi menyegarkan dan warna yang memukau. Bahan yang mudah didapat dan cara membuat yang sangat mudah. Resipi juga boleh diubah mengikut citarasa masing masing.
Selamat mencuba!