Sihat

Bukan Hanya Makan Dengan Laksa Je, Rupanya Ada Banyak Khasiat Daun Pudina Yang Best!

34
SHARES
khasiat daun pudina

Jika bercakap mengenai pokok-pokok herba, mesti kita tidak akan lupa mengenai khasiat daun pudina. Bukan sahaja selalu diletakkan sebagai hiasan ketika makan laksa, daun pudina juga sangat bagus untuk dimakan sebagai ulam-ulaman. Tetapi, agak sukar untuk temui pokok pudina yang fresh dijual di pasaran dan anda hanya perlu pergi ke pasar pagi. Mana sempat kalau setiap hari bekerja untuk pergi ke pasar pagi kan?

Oleh itu, berikut merupakan beberapa khasiat daun pudina yang ramai tak tahu dan bukan sekadar pewangi dalam makanan sahaja tau. Anda juga boleh tanam pokok pudina ini di rumah untuk kegunaan masa hadapan!

Baca juga: Siapa Cakap Makan Telur Puyuh Kolestrol Tinggi? Rupanya Ada 10 Khasiat Yang Kita Tak Tahu!

KHASIAT DAUN PUDINA YANG RAMAI TAK TAHU

khasiat daun pudina

Minggu ini daun pudina laris teruk sampai licin di pasar. Lepas ini bolehlah semai daun pudina di rumah, senang sangat nak tanam

1.Kerat sekitar 10cm batang pudina.

2.Cucuk 1/4 keratan tersebut ke dalam pasu.

3.Dalam masa seminggu hingga dua minggu akan kelihatan pucuk pudina baru. Daun pudina bukan sahaja beri kesan yang menyegarkan tetapi mengandungi khasiat dan manfaat untuk kesihatan.

1.Kurangkan sakit kepala- Ternyata, sakit kepala juga boleh dikurangkan dengan menggunakan daun pudina. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan meletakkan sedikit daun pudina ke dalam minuman sejuk atau bau sahaja apa apa minyak yang berasaskan daun pudina.

2.Perbaiki emosi- Bukan itu sahaja, kalau emosi tidak berada dalam keadaan yang baik pun anda boleh mengubatinya menggunakan daun pudina.

3.Melegakan selesema- Selain makan ubat, antara petua tradisional yang lain untuk merawat selesema adalah dengan menggunakan daun pudina.

4.Legakan loya dan muntah pun boleh hilang jika anda gunakan daun pudina.

5.Kurangkan kesan alahan menggunakan daun pudina sangat berkesan dan boleh digunakan jika minyak mempunyai kandungan pudina.

6.Nafas segar. Ini memang sudah pasti kerana mempunyai kandungan daun pudina dalam ubat gigi.

khasiat daun pudina

7.Jika kurang selera makan, makan beberapa helai daun pudina bersama-sama dengan ulaman. Boleh juga dijadikan jus dengan dicampur dengan buah-buahan yang lain.

8.Selepas bersenam, kadangkala kita mengalami masalah kekejangan otot, daun pudina mampu melegakan kesakitan akibat kekejangan.

9.Ia juga memudahkan penghadaman lemak dan perjalanan makanan ke dalam saluran usus.

10.Melegakan masalah wanita seperti sakit senggugut, kekejangan di bahagian peranakan dan melancarkan kitaran haid.

Sumber: Public Health Malaysia, Bidadari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×