Sihat

Alamak Tak Nampak Jodoh, Rupanya Salah Jaga Mata Sampai Jadi Rabun Sebelum Usia!

9
SHARES
cara jaga mata

“Aik, usia mudanya dah mata rabun, ini mesti tak tahu cara jaga mata yang betul kan?”

Mata merupakan organ badan yang sangat penting. Mempunyai penglihatan yang bagus dan jelas menjadi idaman ramai kerana kebanyakan dalam kalangan kita mengalami rabun walaupun usia masih muda. Hal ini kerana, tatacara penjagaan mata yang betul tidak dilakukan dan mengakibatkan mata ‘tua’ sebelum usia. Kalau dah rabun, macam mana nak nampak jodoh di depan mata bukan?

CARA JAGA MATA SUPAYA MUDA-MUDA TAK RABUN

cara jaga mata

1. Dapatkan vitamin dan minerals yang secukupnya

Vitamin A,C, E dan zinc merupakan kandungan antioksidan yang dapat menentang ‘macula degeneration’. Macula merupakan bahagian mata yang mengawal penglihatan utama mata. Antara sumber makanan yang menjadi penyumbang utama khasiat ini adalah :

-Lobak merah

-Cili

-Brokoli

-Bayam

-Strawberi

-Ubi keledek

-Buah-buahan citrus

-Makanan tinggi Omega-3 seperti salmon.

2.Jangan lupa bersenam

Bukan sahaja untuk memastikan pinggang anda sentiasa ramping, kekal fit dan bersenam juga membantu untuk mengekalkan kesihatan mata. Bagi anda yang menghidap kencing manis tahap 2 yang seringkali dialami oleh orang ramai, ia boleh menyebabkan kerosakan ringan pada saluran darah. Hal ini kerana, kandungan gula dalam darah yang terlampau tinggi akan menyebabkan luka kepada saluran darah yang sensitif. Jadi, jaga kandungan gula tau!

3.Ambil tahu tentang penyakit kronik

Menurut pakar, bukan diabetis sahaja yang menjadi punca kepada masalah penglihatan mata, malah banyak penyakit lain lagi.  Penyakit seperti darah tinggi dan keradangan boleh mengancam tahap kesihatan. Keradangan di kawasan mata bukan sahaja boleh menyebabkan mata rabun, malah anda berpotensi untuk hilang terus penglihatan! Oleh itu, dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala supaya tak menyesal di kemudian hari.

4.Pakai sunglasses/ kaca mata hitam

Ingatka diva dan datin sahaja pakai kaca mata hitam ketika berkunjung ke pusat membeli-belah bukan? Tidak, sebenarnya anda amat disarankan untuk memakai kaca mata hitam jika keluar ke tempat yang mempunyai pengcahayaan yang tinggi. Apa kata cari kaca mata hitam yang berkualiti di mana dapat menyekat UVA dan UVB 99-100 peratus dari masuk ke mata. Bukan itu sahaja, kaca mata hitam dapat mengurangkan dari terbentuknya katarak mata dan penumbuhan lapisan tisu di bahagian mata putih dikenali sebagai pterygium.

cara jaga mata

5.Guna teknik 20-20-20

Lebih 8 jam bekerja pada waktu siang dan hanya menatap skrin komputer, curi sedikit masa untuk anda merehatkan mata sebentar. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan menggunakan teknik 20-20-20. Setiap 20 yang dimaksudkan di sini adalah 20 minit berehat dari tengok skrin komputer kemudian fokus mata kepada objek sejauh 20 kaki selama 20 saat. Ini bermakna, setiap 20 minit anda perlu merehatkan mata dan tenung sahaja abang yang diminati dari jauh.

6.Berhenti merokok

Bukan sahaja tidak bagus untuk paru-paru, jantung, rambut, kulit dan gigi, tidak ketinggalan juga rokok sangat tidak bagus untuk mata anda! Mungkin anda hanya tahu bahawa katarak mata berpunca dari cahaya UV, sebenarnya rokok juga meningkatkan kadar penumbuhan katarak mata. Lebih lama anda meninggalkan dunia merokok, lebih bagus untuk pembersihan saluran darah berlaku dan menghasilkan oksigen yang tinggi untuk badan.

7. Pastikan tangan bersih semasa sentuh mata dan pakai kanta lekap

Mata merupakan organ badan yang sangat sensitif dan mudah terdedah dengan kuman. Kalau selalu menggosok mata pun boleh membuatkan penglihatan kabur, tambah pula kalau terkena jangkitan kuman bukan? Jadi, pastikan tangan anda sentiasa bersih sebelum menyentuh mata dan memakai kanta lekap. Bukan itu sahaja, anda juga perlu menukar pemakaian kanta lekap secara berkala seperti yang disarankan oleh pakar. Risau bengkak pula mata tu!

*Kalau menjadi idaman mempunyai mata yang cantik macam Aishwarya Rai, jagalah mata anda dari awal. Ingat, tanpa penglihatan mata yang bagus maka gelaplah dunia anda…

Sumber: Healtline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×