Sihat

Oh! Tak Sama Rupanya..Ini Perbezaan Penyakit Demensia & Alzheimer Macam Dalam Filem Imaginur

14
SHARES
alzheimer dan demensia

Baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila industri perfileman negara menyajikan tontonan ‘box office’ filem IMAGINUR yang mendapat sambutan tinggi. Filem yang mengisahkan inspirasi percintaan ini juga mendedahkan orang ramai dengan penyakit Alzheimer, berkaitan masalah memori. Tetapi, bukankah penyakit berkaitan memori ini dipanggil Demensia? Apa beza Alzheimer dan Demensia ini?

Berikut merupakan penjelasan mengenai dua penyakit yang digeruni ramai ini khususnya dikaitkan dengan peningkatan usia. Rupanya kedua-duanya merupakan penyakit yang berbeza dari segi perubatan dan maksudnya.

APA PERBEZAAN PENYAKIT ALZHEIMER DAN DEMENSIA?

beza alzheimer dan demensia

Minggu kebelakangan ni, penyakit Alzheimer sedang hangat disebut-sebut di kalangan netizen di sosial media. Ia susulan tayangan filem Imaginur yang ada menyentuh topik berkenaan.

Membaca komen-komen yang ada, saya dapati ramai masih tertanya-tanya apa perbezaan antara demensia (nyanyuk) dan Alzheimer. Jadi, saya nak jelaskan perkara itu:

1. Demensia bukan penyakit khusus, tetapi tanda-tanda kemerosotan daya ingatan, orientasi, dan kewajaran tindakan. Ia ada pelbagai punca, antaranya: strok, Parkinson, Huntington, Alzheimer, dan sebagainya.

2. Alzheimer pula ada sejenis penyakit yang khusus. Ia adalah penyakit kemerosotan sel otak yang berlaku secara perlahan dan berterusan. Ia bukan proses penuaan yang normal.

Penyakit Alzheimer ini adalah salah satu punca demensia yang paling lazim. Sekitar 50-60% pesakit yang mengalami demensia adalah disebabkan oleh penyakit Alzheimer. Boleh faham, kan?

beza alzheimer dan demensia

Antara amalan yang kita boleh lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami Alzheimer di kemudian hari adalah:

-Elak/berhenti merokok

-Elak/berhenti minum alkohol

-Kerap bersenam dan bersukan

-Jaga tekanan darah dan paras gula

-Sertai aktiviti sosial/kemasyarakatan

-Belajar lebih banyak bahasa

-Banyakkan membaca dan berhobi

Semoga bermanfaat!

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×