Dapur

Rupanya Ini Cara Betul Buat Sirap Bandung Soda Supaya Tak Berketul. Baru Sedap & ‘Power’!

1.1K
SHARES

Sejak lama terkurung dekat rumah ni kekadang rasa teringin nak minum air sedap-sedap kan?

Mana peminat sirap bandung soda bolehlah cuba buat sendiri. Simple je guna resepi ni…

Ada yang risau kalau buat sirap bandung campur soda, sebab kalau tersilap campur dia akan jadi berketul macam susu basi tu.

Apa kata korang ikut step-by-step yang ditunjukkan oleh ShaNaz Fadzil ni.

Insha Allah… Confirm jadi elok dan tak ada masalah susu berketul atau berbintik-bintik.

Jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya dekat bawah ni.

Resepi Sirap Bandung Soda Padu, Tak Berketul & Tak Berbintik

Bahan- Bahan

  • 150ml pati sirap bergula
  • 3/4 tin susu cair ( Saya guna cap Carnation)
  • Ais 3/4 dari jug
  • Air ais krim soda secukupnya
  • 2 cubit garam

Resepi bandung soda

Cara-cara

1. Masukkan Banyak Ais

Mula-mula masukkan ais hingga penuh 3/4 jug. Bubuh ais memang banyak sebab kita tak tambah air kosong.

Ais yang mencair akan seimbangkan rasa pada air sirap bandung aiskrim soda kita nanti. Baru rasa dia power!

Resepi bandung soda

2. Bubuh Sirap Bergula

Lepas bubuh ais, masukkan pati sirap bergula.

3. Masukkan Susu

Lepas tu curahkan susu cair macam kita buat bandung biasa tu. Kacau-kacau sebati.

 

4. Tuangkan Soda

Seterusnya masukkan air aiskrim soda. Kalau suka rasa soda letak lebih sikit.

Kalau nak rasa soda tu bagi buat syarat je, tambahkan ais lagi. Jangan tambah air ok!

5. Tabur Garam

Akhir sekali taburkan 2 cubit garam untuk rasa lebih berlemak.

Kacau sebati.

Siap. Mudah je kan?

Video by En Suami disertakan sekali dekat bawah ni supaya lebih faham dan lagi semangat nak buat sekali.

Enjoy!

Sirap Bandung Aiskrim Soda Resepi Gunung Ledang Air minuman yg popular di negeri selatan tanah air. Gu kpd Nasi Beriani sebagai penghilang dahaga. Minum pulak masa cuaca panas berdeting mmg ngam teruklah. Apa tunggu lagi mari kita cuba buat. Masa berbuka puasa nanti pun boleh. Jika sabar menunggu 1 syawal nanti pun ok. Ermm ikut tekak teringin bila😁Video by En Suami disertakan sekali utk lebih memahami. Enjoy🤩Bahan- Bahan150ml Pati Sirap Bergula3/4 Tin Susu Cair ( Sy guna Carnation)Ais 3/4 dr jugAis Krim Soda secukupnya 2 cubit garamCara-cara membuatnya :Mula2 masukkan ais 3/4 jug. Tuangkan pati sirap bergula. Curahkan pula susu cair. Diikuti aiskrim soda . Kalau suka rasa soda letak lebih sedikit kalau tdk tmbh sedikit ais. Akhir sekali tabur 2 cubit garam utk rasa lebih berlemak. Kacau sebati. Tak perlu tambah air ye kawan2. Ais yg mencair akan seimbangkan rasa pada air sirap bandung aiskrim soda kita nanti. Ok itu aje. Senang bukan. Selamat Mencuba😁youtube channel : ketoopat gorenghttps://youtu.be/9T7pKNuOANg

Posted by ShaNaz Fadzil on Monday, May 18, 2020

Lagi Tips Bandung Soda Tak Berketul

Sebenarnya soda dan susu adalah 2 komponen yang boleh bertindakbalas apabila ia dicampurkan.

Maka, cara kita mencampurkannya perlu ada tekniknya supaya ia tak menjadi berketul-ketul dan nampak kurang menyelerakan.

Ada juga beberapa lagi tips yang dikongsikan supaya sirap bandung soda yang kita bancuh tu tak berketul-ketul.

Ada yang bagi cadangan antaranya:

  1. Mula-mula bancuh sirap dan susu menjadi sirap bandung dulu, letak ais banyak-banyak dan kacau. Bila dah betul-betul sejuk, baru letak soda supaya sirap bandungnya tak berketul.
  2. Sambil tuang susu tu sambil kita kena rajin kacau. Kalau nak lagi wangi boleh tambahkan setitik dua esen vanila.
  3. Ada juga yang biasa buat caranya campurkan susu ke dalam ais dahulu. Kacau sampai sejuk dan berbuih susu tu baru masukkan air bergas atau air soda.

Lain orang orang lain caranya, jadi kita bolehlah ikut keselesaan kita.

Selamat mencuba!

 

*Resepi sirap bandung soda ini dikongsikan oleh ShaNaz menerusi Facebook. Pertanyaan lanjut boleh rujuk di post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×