Dapur

8-in-1 Resepi Aiskrim Malaysia Guna Satu Bancuhan: Choki-choki, Sumi Jelly, Oreo, Cloud 9, dll. Jimat & Sedap!

312
SHARES

“Cuti-cuti sekolah ni budak-budak ni asyik bukak peti ais je. Kesian pulak sebab tak ada apa dah dalam tu. Beli aiskrim semalam kejap je habis. Hmm…”

Cuti-cuti ni, apa kata ajak anak-anak buat aiskrim Malaysia di rumah. Selain dapat makan, dapat juga ajar mereka satu skil di dapur kan?

Dengan hanya 1 bancuhan susu, kita boleh buat Aiskrim Malaysia versi choki-choki, oreo, sumi jelly dan cloud 9. Haa, menarik dan menjimatkan betul kan?

Biasanya coklat choki-choki ni antara yang paling laris dan disukai ramai. Rasa lemak susu campur coklat memang sedap! Mungkin ada yang tertanya-tanya macam mana nak masukkan coklat tu dalam plastik aiskrim kan.

Jadi jom kita tengok step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Sariah Hairol ini.

Resepi Aiskrim Malaysia Choki-choki

Mula-mula jom kita tengok bahan-bahan yanh diperlukan.

Simple je bahannya.

  • 1 paket coklat choki-choki*
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 5 1/2 tin air
  • Secubit garam

*Boleh gantikan dengan sumi jelly, coklat cloud 9, biskut oreo yang dah dihancurkan atau lain-lain bahan yang kita suka.

Cara-cara

1. Masak Bancuhan Susu

Pertama sekali kita buat bancuhan susu tu.

Caranya masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk kecuali coklat choki-choki. Kalau nak adjust supaya kurang manis tu bolehlah kurangkan kuantiti susu pekat.

Masak atas dapur sampai mendidih.

2. Masukkan Coklat Choki-choki Ke Dalam Plastik Aiskrim

Bila dah sejuk bancuhan susu tu barulah kita masukkan dalam plastik aiskrim.

Jadi sementara menunggu tu, kita masukkan coklat dalam plastik aiskrim.

Ini cara nak masukkan coklat tu.

Mula-mula kerat dua dekat tengahnya.

Lepas tu tolakkan coklat keluar guna sudu macam ni.

Masukkan dalam plastik aiskrim.

Kemudian lenyekkan coklat tu sikit.

Macam nilah rupa dia bila dah lenyek tu.

Kalau choki-choki tu memang dah lembik, kena masukkan terus plastik choki-choki tu dalam plastik aiskrim tau. Lepas tu picit choki-choki tu perlahan-lahan sebab takut plastik aiskrim bocor.

Bila dah picit, terbalikkan plastik aiskrim tu untuk kluarkan plastik choki-choki.

3. Tuangkan Bancuhan Susu

Sekarang dah boleh tuangkan bancuhan susu yang dah dimasak atas api tadi.

4. Ikat & Sejukkan

Akhir sekali ikat macam biasa dan bolehlah bekukan dalam peti sejuk.

Bancuhan susu ni boleh buat macam-macam aiskrim lagi. Contoh ideanya:

  • Oreo (biskut Oreo hancurkan)
  • Sumi Jelly
  • Coklat Cloud 9 / apa-apa coklat lain (potong coklat kecil-kecil)
  • Koktel buah-buahan
  • Mangga susu
  • Sirap rose (bandung)
  • Laici susu

Sedap, Jimat & Boleh Jana Pendapatan Sampingan

Dengan satu bancuhan susu, boleh dapat macam-macam jenis aiskrim Malaysia kan? Memang berbaloi!

Seronok buat sendiri dekat rumah dengan anak-anak. Dapat juga isi masa lapang mereka masa cuti ni. Buat jual pun ok sangat. Dapatlah buat duit poket sikit sambil ajar anak-anak dengan ilmu asas keusahawanan.

Selamat mencuba!

 

**Resepi aiskrim Malaysia ini dikongsikan oleh Puan Sariah Hairol menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×