Dapur

Resepi Koktail Buah Yang Lebih Sihat Guna Susu Segar. Sesuai Untuk Satu Famili

4.3K
SHARES
resepi koktail buah

“Aduhai, sembelit pulak budak-budak ni. Dah pesan masa berbuka makan buah. Dahlah kurang minum air kosong, asyik minum air manis je. Tu yang sembelit tu…”

Biasalah masa bulan puasa begini, macam-macam resepi, iklan, rancangan masakan yang tunjuk minuman sejuk yang menggiurkan.

Itu belum lagi dugaan kalau pergi ke bazaar Ramadhan. Macam nak beli semua jenis minuman kan?

Sebenarnya kita perlu hadkan pengambilan air manis dan makan banyak buah untuk melancarkan pencernaan di bulan puasa.

Tapi sesekali tentu nak merasa makan dessert atau pencuci mulut juga ketika berbuka.

Jadi apa kata kita cuba resepi koktail versi sihat yang dikongsikan oleh Puan Siti Zainab Nac ini.

Memang simple sangat tapi tetap nampak menarik dan sedap!

Ini resepinya.

Resepi Koktail Buah Sihat, Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Biasa kita guna susu pekat manis dan beli buah dalam tin kan?

Kali ni saya tukar resepi koktail sihat sikit guna buah segar dan tukar susu isian sejat ke susu segar (pure fresh milk).

Lagi segar dan sihat berbanding guna barang segera dalam tin.

Berikut adalah bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • 1 botol susu segar. Saya guna jenama Farm Fresh (pure fresh milk) 700ml.
  • *1 cawan strawberry
  • *1 cawan mempelam
  • *1 cawan buah naga
  • *1 cawan laici
  • *1 cawan nenas
  • *1 cawan anggur hijau
  • *1 cawan anggur merah
  • *1 cawan betik
  • *1 cawan kiwi
  • 1 bekas nata de coco
  • 1 paket sumi jelly (anak-anak yang request)

*Semua buah-buahan dipotong dadu. Boleh tukar guna buah-buahan lain ikut suka.

Cara-cara

1. Buat Kuahnya

Pertama sekali, kita buat kuahnya.

Masukkan susu segar dalam satu balang.

Kemudian masukkan 1 bekas nata de coco serta jelly.

2. Sediakan Buah

Buah-buahan segar tadi yang mana perlu dikupas, buang kulitnya dan dadu sederhana besar, begitu juga buah-buah yang lain.

Saya potong buah guna bentuk-bentuk menarik untuk tarik minat anak makan.

Isikan ke dalam sebuah bekas untuk disejukkan.

3. Sejukkan

Sejukkan dalam peti ais bahan kuah dan buah-buahan yang telah dipotong tadi sebelum berbuka. Saya sejukkan dalam 5 jam macam tu.

4. Hidang

Bila dah nak berbuka atau hidang, boleh isikan setiap jenis buah dalam 1 gelas.

Kemudian, cedok kuah kedalam buah. Sedia untuk dinikmati.

Alternatif Yang Lebih Sihat Untuk Anak-anak

Mudah saja kan?

Yang penting, dapat galakkan anak-anak makan buah segar dan kurangkan snek atau minuman manis. Kita pun dapat jaga diet sekali.

Bolehlah jadikan alternatif yang lebih sihat untuk berbuka puasa berbanding air manis dan pencuci mulut yang selalu dibeli. Rasa segar dan menyejukkan tekak! Sedap pun sedap.

Selamat mencuba dan berbuka semua.

 

*Resepi koktail buah yang sihat ini dikongsikan oleh Puan Siti Zainab Nac menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian berkaitan pemakanan sihat dan pelbagai tips diet, boleh follow beliau di SINI atau klik #followmyfitnessjourney #detoxRamadhanmyway

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×