Sihat

7 Jenis Makanan Penyebab Sembelit Bayi & Anak Kecil, Mama Mesti Tahu

300
SHARES
makanan penyebab sembelit

“Risaunya dah 3 hari si Aishah ni tak ‘membuang’. Tadi nampak dia macam meneran sakit perut. Alahai, sembelitlah tu… Ada salah makan ke?”

Selama 6 bulan terawal bayi hanya minum susu, jadi Mama tentu ‘excited’ bila anak dah boleh makan. Macam-macam resepi nak dicuba dari hari ke hari. Dalam tempoh ini juga, mungkin ramai yang tak sedar bahawa ada sesetengah jenis makanan yang boleh menjadi punca anak sembelit.

Bila bayi atau anak kecil sembelit, memang kasihan sangat melihatnya. Asyik menangis, terkentut-kentut akibat rasa tak lega di perutnya. Anak yang lebih besar pun sama meraung-meraung dan meneran sampai berdarah. Rasa ngeri dan panik jugalah kita dibuatnya.

Oleh itu, Mama perlu waspada dan ketahui beberapa jenis makanan yang paling selalu menyebabkan sembelit ini.

7 Jenis Makanan Penyebab Sembelit Bayi & Anak Kecil

1. Bubur / Nasi Putih

Macam tak percaya, makanan ruji kita ini boleh menyebabkan sembelit pada sesetengah bayi, terutamanya yang baru mula makan. Berbanding beras perang, beras putih telah melalui proses di mana kulitnya yang kaya serat telah dibuang. Hal ini boleh menyebabkan bayi cenderung mengalami sembelit apabila diberi bubur nasi yang dibuat daripada nasi putih.

Jika ini terjadi pada bayi anda, cuba beralih kepada brown rice atau sumber karbohidrat daripada jenis wholegrain.

Ganti makanan lain dengan bubur

Ganti makanan lain dengan bubur

2. Susu & Produk Tenusu

Kadang-kadang mungkin ada yang baru nak bertukar kepada susu formula dan mengalami sembelit selepas mencubanya. Sebenarnya, bayi dan kanak-kanak adalah antara golongan yang paling sensitif terhadap produk tenusu seperti susu UHT, yogurt dan keju dan termasuklah juga susu formula.

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan menerusi Healthline.com, kanak-kanak berusia 1-12 tahun yang alah terhadap susu dan mengalami sembelit didapati kurang simptomnya setelah bertukar kepada susu berasaskan soya.

Apapun, ibu tak perlu terlalu risau sekiranya anak berusia 2 tahun ke atas tak mahu minum susu formula kerana anak anda sudah boleh mendapatkan sumber kalsium dan vitamin D dalam makanan seperti sayuran hijau, ayam, daging dan buah-buahan.

petua putihkan muka

3. Roti Putih

Gluten adalah protein yang biasa ditemui pada makanan bergandum seperti roti, biskut dan kek. Sesetengah anak sensitif terhadap gluten dan akan mengalami sembelit selepas memakan makanan bergandum.

Bagi yang mengalami alahan yang kronik, mereka ini mungkin gluten intolerant atau mengalami sejenis kondisi yang dikenali sebagai celiac disease. Individu seperti ini perlu dirujuk kepada pakar kanak-kanak dan perlu mengamalkan diet yang bebas gluten.

cara kurang masin

Foto Kredit: habitfresh.com

4. Minuman Manis

Bila anak dah semakin besar, kadang-kadang mereka makin suka dengan minuman manis contohnya minuman coklat atau air kotak atau air gas. Semua minuman ini bukan saja tinggi kandungan gula, tetapi ia juga boleh menjadi punca kepada masalah pencernaan.

Jadi seeloknya buatlah jus sendiri di rumah dengan mengehadkan pengambilan gula, terutamanya bagi anak kecil berusia 2 tahun ke bawah.

Foto Kredit: gettyimages.com

5. Biskut / Makanan Bayi Segera

Biskut, bubur segera atau makanan jejari yang siap dipek memang cepat disediakan dan mudah dijadikan snek untuk kanak-kanak. Namun perlu diingat, makanan seperti ini cenderung memiliki kandungan gula yang tinggi dan boleh menjadi punca anak sembelit.

Sesetengah makanan segera seperti kentang goreng pula memiliki kandungan garam yang tinggi. Jika diambil berlebihan, tubuh terpaksa menyerap air daripada usus untuk mengimbangi lebihan garam dalam darah. Akibatnya, terjadilah sembelit yang akan menyukarkan proses pembuangan najis.

Bijirin bayi komersial

Foto Kredit: vegkitchen.com

6. Pisang

Nampak menyihatkan, tapi buah pisang ini adalah antara buah yang boleh menyebabkan bayi sembelit apabila mencubanya buat pertama kali. Jadi cuba dulu dalam kuantiti yang kecil dan perhatikan keserasiannya dengan bayi anda.

Antara pilihan buah yang dapat melawaskan adalah ‘3P’ – iaitu prune, pear dan plum. Ibu-ibu boleh cuba buah pear segar seperti singo pear sebab ia lebih mudah didapati di negara kita.

Pisang amat baik untuk kesihatan

Pisang amat baik untuk kesihatan

7. Coklat

Biasalah bila anak dah makin besar, mesti ada yang suka makan coklat. Sesetengah sumber mempercayai bahawa coklat adalah antara makanan yang paling mudah menyebabkan sembelit kerana kandungan lemaknya yang tinggi memperlahankan proses pencernaan.

Di samping itu, kafein di dalamnya boleh membuat sembelit menjadi lebih teruk terutamanya apabila ia diambil dalam keadaan kurang minum air.

Foto Kredit: indiatimes.com

Pentingnya ‘4 Days Rule’ Bagi Bayi

Sejak kecil lagi, Mama perlu membiasakan anak dengan pengambilan buah-buahan serta sayuran. Selain mengelakkan sembelit, tabiat makan ini juga kaya nutrisi dan penuh khasiat. Paling penting, jangan lupa pastikan anak minum air secukupnya setiap hari!

Bagi bayi yang baru mula makan, itulah pentingnya ‘4 days rule’ di mana sesuatu makanan diperkenalkan satu persatu dalam kuantiti yang sederhana. Dengan ini, mudah untuk Mama mengenalpasti keserasian bayi dengan sesuatu makanan dan mengesan jenis makanan yang bermasalah buat si kecil.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×