Dapur

Cepatnya Buat Bubur Bayi Dengan Serbuk Beras Homemade. Tak Payah Beli Yang ‘Instant’ Lagi

2.8K
SHARES

“Rupanya lama juga nak tunggu beras ni masak jadi bubur. Kalau anak tengah kelaparan, memang bagi bubur instant jelah jawabnya. Macam mana cara buat bubur bayi dengan cepat ye?

Tak dapat dinafikan bubur segera yang dijual di pasaran akan menjimatkan masa kerana ia cepat disediakan. Tapi tahukah anda, sebenarnya serbuk beras ini boleh dihasilkan sendiri dengan mudah di rumah.

Bagi ibu-ibu yang ada anak kecil dan baru nak belajar makan, elok sangatlah buat serbuk beras ini. InsyaAllah sangat praktikal dan dapat mempercepatkan kerja. Begitulah yang akan dikongsikan oleh Puan Nisa Razak dalam artikel kali ini.

Cara Buat Sendiri Serbuk Beras ‘Instant’ Untuk Bayi

Mari kita ikuti langkahnya.

1. Basuhkan Beras

Pertama sekali, basuh beras dalam 1-2 cawan. Toskan.

2. Goreng Tanpa Minyak

Seterusnya, masukkan beras ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak.

Pastikan api kecil untuk elakkan daripada hangus.

cara buat bubur bayi

Tunggu sampai betul-betul kering macam dalam gambar di bawah ini.

3. Kisar

Kemudian, masukkan beras tadi ke dalam blender untuk dikisar.

Blend sampai hancur. Sekarang serbuk berasnya dah siap.

4. Cara Buat Bubur Bayi Menggunakan Serbuk Beras

Bila dah ada serbuk beras tadi, sekarang kita tengok pula cara buat bubur bayi. Pantas dan semudah ABC!

i. Bancuh Dengan Air

Mula-mula, ambil sesudu serbuk beras dan bancuhkan dengan air sejuk biasa.

Beginilah rupanya bila dah dibancuhkan.

ii. Masak Atas Api

Kemudian, masak atas api. Berbanding guna beras biasa, serbuk beras memang ambil masa yang lebih pendek untuk dimasak. Tapi, jangan sekejap sangat pula, takut tak sempat masak pula berasnya. Agak-agaklah ya.

Masa ini juga boleh masukkan sekali ayam, lobak merah, atau apa saja bahan lain yang telah dilenyek atau dikisar.

5. Simpan Lebihan Serbuk Beras Dalam Bekas Kedap Udara

Yang ada lebih tadi, boleh disimpan dalam balang kedap udara yang ditutup rapat.

Senang bila nak guna lagi lain kali.

Pilihan Yang Lebih Sihat

Bila buat sendiri, kita lebih yakin dengan bahannya. Dan paling best, tentulah ia bebas pengawet atau sebarang perasa tiruan. Bubur bayi pun terasa lebih fresh sebab kita dapat pelbagaikan rasanya dengan bahan-bahan segar seperti sayuran dan ayam.

Mudah kan? Lepas ini ibu-ibu tak payah beli bubur instant lagi. Nak bawa balik kampung pun senang. Memang praktikal.

Selamat mencuba!

 

*Perkongsian asal oleh Puan Nisa Razak ini diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak perkongsian dan tips oleh beliau, follow FB beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×