“Banyaknya bekas kuih raya yang dah kosong. Sayang pula nak buang, tapi apa nak dibuat ya? Kalau DIY seronok juga.”
Setiap rumah mesti ada balang bekas kuih raya yang begini. Tak kiralah sama ada anda membuat sendiri kuih raya atau membelinya di kedai, inilah balang bekas kuih raya yang digunakan untuk menyimpan stok sebelum dihidangkan kepada tetamu. Tapi, menjelang akhir musim perayaan ini, tentulah banyak balang bekas kuih raya ini yang dah kosong. Jadi, mesti ramai yang alami situasi yang sama selepas musim raya ini, bukan?
Kami berbesar hati kerana Puan Hamidah HA sudi berkongsi DIY beliau yang amat praktikal ini dengan pembaca kami. Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya.
Cara DIY Bekas Kuih Raya Yang Dah Kosong
Ini cara saya memanfaatkan balang bekas kuih raya yang dah kosong. Nak dibuang terasa sayang. Maka, saya DIY dan guna semula balang tersebut untuk menyimpan barang-barang keperluan di dapur.
Caranya mudah saja, tapi ianya memudahkan saya untuk cari dan ambil. Saya guntingkan dan tampal semula nama barang, jenama, dan tarikh luputnya pada balang bekas kuih raya tersebut. Saya cuma gunakan selotep biasa saja untuk melekatkan label tersebut.
Di sini saya sertakan video pendek cara saya menampalnya.
Inilah Hasilnya
Beginilah hasil balang bekas kuih raya yang telah siap ditampal. Nampak jelas apa kandungannya, jenamanya, dan tarikh luputnya. Senang sangat, kan?
Bolehlah buat cara yang sama untuk gula, tepung gandum, dan sebagainya. Bila semuanya ada bekas, nampak lebih tersusun, mudah diatur dan senang dicari.
Semoga Bermanfaat
Memang praktikal! Tak hairanlah ianya mendapat sambutan yang amat memberangsangkan di laman sosial. Malah, ramai yang telah mencuba dan menunjukkan hasil DIY mereka ini di ruangan komen.
Apapun, semoga perkongsian ini dapat memberi idea untuk anda menghasilkan sesuatu yang berguna di samping mengelakkan pembaziran. Selamat mencuba.
*Perkongsian asal oleh Puan Hamidah HA ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Ia pertama kalinya dikongsikan melalui Facebook di Group Masak Apa Hari Ni (MAHN).