Deko & Hias

Jam Dinding RM5 Nampak Mewah Dengan Hanya DIY Mudah. Ini Caranya

1.4K
reads

“Macam mana nak upgrade ruang tamu ni jadi nampak cantik sikit untuk Hari Raya nanti ya. Bajet bukannya banyak sangat. Agaknya ada tak idea dekorasi yang best tapi jimat?”

Menjelang musim perayaan ini, tentu ramai yang rasa laju saja duit mengalir. Kalau semua nak dibeli baru, memang rasa ‘semput’ nak membayarnya.

Di sini, kami ingin kongsikan satu idea dekorasi kreatif jam dinding yang amat mudah hasil sumbangan Nurfatin Liyana Mohd Noor. Boleh gunakan jam dinding sedia ada di rumah atau jam dinding biasa yang dibeli. Hasilnya memang menarik, unik, dan nampak mewah!

Jom kita ikuti selanjutnya.

Cara Buat Jam Dinding DIY Yang Cantik Dengan Bajet Paling Minimum

Pertama sekali, kita tengok senarai bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • Jam = RM5.00 (Beli di Tesco masa diskaun. Kalau nak guna jam dinding sedia ada pun boleh)
  • Chopstick = RM2.70 dari Mr DIY
  • Garfu = RM1.90 (Boleh juga gunakan sudu plastik)
  • Spray = dah ada di rumah. (Boleh beli dari Mr DIY)
  • Gam tembak
  • Manik / cermin = untuk hiasan kelip-kelip

Cara-cara

1. Spray Chopstick & Garfu Plastik

Mula-mula, spray kan chopstick dan garfu plastik dengan warna hitam.

Kalau nak warna lain pun boleh, manalah tahu nak ikut tema warna di ruang tamu. Terpulang pada kreativiti anda.

Begini hasilnya. Tunggu ia kering.

2. Lekatkan Chopstick

Seterusnya, tandakan sedikit tempat untuk kita gamkan chopstick tadi pada belakang jam. Ikut kedudukan nombor 1 hingga 12.

3. Lekatkan Garfu Plastik

Seterusnya, lekatkan garfu plastik tadi di antara 2 chopstick.

Yang ini kedudukannya lebih kurang agak-agak pun boleh. Kalau nak tanda pun boleh juga.

idea dekorasi

Biarkan kering sekejap. Nampak cantik kan? Kejap, belum siap lagi.

4. Bubuh Manik

Akhir sekali, kita make-up kan sikit dengan manik biar nampak cantik dan mengerlip. Tampalkan juga dengan gam tembak tadi.

Kalau nak gunakan kepingan cermin atau apa-apa bahan lain pun boleh.

idea dekorasi

5. Siap!

Dah siap, bolehlah gantungkan di ruang yang sesuai.

idea dekorasi

Uniknya Hasil Idea Dekorasi DIY

Ternyata, walaupun tanpa modal yang tinggi, idea dekorasi ini berjaya menaikkan lagi seri ruang rumah anda.

Mudah saja nak buat, kan? Selamat mencuba!

 

*Idea dekorasi DIY jam dinding ini merupakan perkongsian asal Nurfatin Liyana Mohd Noor melalui Group Kelab Kaki Deko di Facebook. Artikel ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau.

Yang Popular

To Top