Deko & Hias

9 Cara Hias Bilik Tidur Yang Simple Tapi Awesome

855
SHARES

“Dulu sebelum pindah rumah baru, aku dah plan nak buat dekorasi macam-macam, lagi-lagi dalam bilik tidur sendiri dengan anak-anak. Tapi bila dah pindah, satu plan pun tak menjadi. Sebab duit dah banyak guna untuk setelkan hal rumah. Nak deko pun bukan boleh buat sebarangan, semuanya perlu duit. Apa cara hias bilik tidur tanpa guna duit yang banyak ya? ‘Kosong’ betul bilik aku ni”

Bilik tidur nampak suram dan boring? Tak sempat untuk membuat hiasan dalaman di bilik tidur?

Tak semestinya anda perlu membuat hiasan dalaman yang serba cantik dalam bilik tidur.

Apa yang boleh dilakukan sementara mengumpul bajet adalah upgrade suasana dalam bilik tidur. Kini terdapat pelbagai aksesori bilik tidur menarik yang tidak begitu mahal dan boleh anda manfaatkan.

9 Cara Hias Bilik Tidur Yang Simple Tapi Awesome

Sesekali cuba guna cara hias bilik tidur yang mudah ini. Mesti nampak cantik walaupun jimat.

1. Tukar kedudukan katil

Ini sesuai bagi mereka yang punya ruang luas. Tidak semestinya katil perlu disandarkan pada dinding.

Letakkan katil pada sudut berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.

cara hias bilik tidur

Foto Kredit: diegoschiavi.com

2. Tukar frame atau susunan gambar

Bagi yang kreatif, bolehlah mencuba menukar frame gambar sedia ada kepada sesuatu yang up-to-date.

Selain itu, boleh juga menukar susunan gambar agar ada kelainan dalam suasana bilik tidur.

ini contoh DIY yang boleh anda cuba:

cara hias bilik tidur

Foto Kredit: fudgeandjoy.com

3. Guna hiasan fabrik

Jika dinding bilik kosong, serikan dengan menggantung hiasan dinding dengan bahan sedia ada seperti kain langsir yang lembut, shawl atau tapestries di satu sudut.

Biasanya tapestries ini mempunyai latar belakang dengan rekaan motif yang berwarna-warni lagi meriah. Anda juga boleh menambahkan lampu kepadanya dan memberi efek sangat istimewa!

Ini akan mengindahkan lagi bilik tidur yang suram.

Foto Kredit: pinterest.com

Foto Kredit: pinterest.com

4. Ganti karpet

Kehadiran karpet baru atau aksesori juga boleh menceriakan bilik tidur yang kosong apatah lagi jika ia mempunyai rona yang terang.

Gunakan panduan di bawah untuk memastikan bilik tidur nampak kemas.

Tapi ia tidak bermakna anda perlu ganti perabot setiap bulan atau tahun. Bergantung pada kegunaannya dan bajet yang ada.

5. Tambahkan ‘warna’

Kertas hadiah, kertas dinding atau wall sticker boleh digunakan untuk menceriakan bilik tidur yang kosong.

Tidak semestinya dilekatkan pada dinding, jadi kreatif dengan menggunakan bahan-bahan ini pada pintu, rak mahupun almari.

Hasilnya, pasti memukau!

Foto Kredit: livspace.com

Foto Kredit: livspace.com

6. Guna cadar dan sarung bantal yang ceria

Elak guna cadar yang kosong atau tanpa corak kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan.

Jika ingin hidupkan suasana dalam bilik tidur, elok guna cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik.

Foto Kredit: aliexpress.com

Foto Kredit: aliexpress.com

7. Tukar pencahayaan

Hidupkan suasana malam dalam bilik tidur dengan pencahayaan yang menarik.

Kadang-kadang, dengan sebuah lampu gantung sahaja, mampu memberi kelainan pada bilik anda.

cara hias bilik tidur

Foto Kredit: erikabrechtel.com

8. Letak pokok hiasan

Pokok kaktus misalnya mempunyai pelbagai bentuk yang menarik terutamanya yang bersaiz kecil.

Susun cantik-cantik dalam bilik dan ia mampu merubah suasana dalam bilik.

9. Gunakan Motif Abstrak

Sedikit motif abstrak dapat membantu memberi penampilan yang ‘segar’ dan ‘mewah’.

Untuk memudahkan ianya dipadankan dengan perabot atau cat bilik anda, pilih warna neutral seperti kelabu, coklat, hitam, atau putih.

Foto Kredit: davisylum.com

Foto Kredit: davisylum.com

Tidak Semestinya Kena ‘Make Over’ Satu Bilik

Kadang-kadang dengan menambah atau menukar 1-2 barang saja sudah mencukupi dalam menaikkan suasana baru dalam bilik tidur yang selama ini ‘boring’ dan kurang berseri.

Apapun, pastikan bilik tidur sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi kerana secantik mana bilik tidur pun jika bersepah dan tidak terurus, boleh merosakkan suasana di dalamnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×