Famili

5 Projek DIY Hiasan Rumah Yang Mudah, Tanpa Modal Besar!

7
SHARES
Projek DIY

Projek DIY

Bukannya semua perkara perlu upah orang. Kadang-kadang, ada perkara yang kita boleh buat sendiri. Selain jimat wang, ia juga memberikan kepuasan maksimum. Rumah cantik, hati pun puas!

Jangan jadikan alasan penat kerana projek DIY seperti ini boleh dilakukan pada hujung minggu. Ajak anak bantu sekali sambil buat projek DIY ini. Sebagai contoh, lihat hasil daripada Teacher Azimah dan suami.

 

1. Wallpaper dalam playroom

Projek DIYSumber: iemael.blogspot.com

Buat anak-anak yang baru mula mengenal abjad dan mengeja, tampalan abjad seperti ini pasti akan menarik minat mereka. Bukan sahaja boleh sebut, abjad tersebut boleh dicabut dan diletakkan kembali.

Jika ada ruang untuk playroom, boleh lekatkan di sana. Jika tidak, boleh tampal dalam bilik tidur anak.

 

2. Ruang simpan lampin pakai buang

Projek DIYSumber: iemael.blogspot.com

Tabik pada Teacher Azimah kerana sanggup buat tempat simpan diapers untuk anak. Kami tahu, anda akan berkata dalam hati, “Eh, aku simpan je diaper dalam plastik asal. Tak pernah terfikir boleh simpan macam ni”.

 

3. Sorok wayar berselirat

Projek DIYSumber: iemael.blogspot.com

Semak mata bila lihat wayar berselirat, lebih-lebih lagi depan TV. Belum lagi bila sudah ada habuk. Tentu sekali sukar untuk dibersihkan. Ini idea menggunakan satu bahan berbentuk U.

 

4. Kemas kabel charger dengan figura LEGO

Projek DIYSumber: iemael.blogspot.com

Jika ada 2-3 telefon bimbit dalam rumah, tentu sekali akan caj di mana-mana plug yang ada. Apa kata kali ini cuba letakkan tempat caj di satu tempat yang spesifik. Contohnya, atas meja study. Untuk kemasan yang lebih cantik, lekatkan figura LEGO yang ada tangan untuk memegang wayar kabel charger tersebut bila tidak digunakan.

 

5. Ceriakan sudut membaca

Projek DIY

Ada terlalu banyak buku yang diborong di Big Bad Wolf (BBW)? Sudah tidak tahu mana mahu letak? Apa kata bina satu sudut membaca. Bukan sahaja untuk anak, ibu-bapa juga boleh lepak bersama anak-anak di sini.

Akhir kata

Rumahku, syurgaku. Maka anda bebas menghias rumah sendiri agar lebih cantik. Kreativiti itu tiada had dan anda bebas bereksperimentasi.

Semoga artikel ini dapat memberi sedikit idea untuk projek DIY yang seterusnya. Ada projek DIY yang menarik untuk dikongsi bersama? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×