DIY & Kraf

Botol Kaca Lama Jangan Buang, Boleh DIY ‘Lilitan’ Hiasan Dalam Rumah Jadi Moden & Cantik!

612
SHARES

“Botol kicap, botol sos spaghetti ni banyak sangat dah tersimpan..tak tahu nak buat apa..”

Kaum wanita memang lumrahnya sukakan kecantikan. Oleh itu, jadikan rumah kelihatan cantik juga telah jadi satu tabiat buat mereka. Sebenarnya, untuk cantikkan rumah memang mudah sekiranya anda mempunyai idea yang kreatif untuk hiaskan menggunakan hanya barangan terpakai. Jadi, wanita ini telah kongsi projek diy mudah untuk buat hiasan rumah dengan hanya menggunakan botol kaca terpakai dan tali.

DIY SENDIRI, LEBIH JIMAT

“Abis main masak-masak botol jgn buang tau boleh guna untuk deco rumah… Sis guna tali jut ja lilit kat botol tu… Alhamdullilah, hasil tak lah kebabom tapi puas hati ooo diy sendiri jimat duit.”

BAHAN MUDAH DAPAT

-Botol kaca terpakai

-Tali lut

-Hot glue gun

Hiasan ini gunakan bahan yang sangat mudah iaitu botol kaca yang telah habis digunakan, tali dan hot glue gun untuk lekatkan tali pada botol.

HANYA LILIT PADA BOTOL

Lilitkan tali pada botol kaca terpakai menggunakan hot glue gun dan jemur hingga kering. Siap! Anda boleh hiaskan di sudut-sudut dinding untuk menceriakan rumah.

*Lepas ni, botol kaca yang tak dipakai tu boleh jadikan hiasan dalam rumah je.

Sumber: Noor Azura Md Rejab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×