DIY & Kraf

DIY Lilin Guna Cotton Bud, ‘Emergency’ Bila Tak Ada Elektrik!

165
SHARES

“Alamak elektrik tak ada!”

Memang risau juga bila tiba-tiba bekalan elektrik terputus bukan? Ketika itu juga lah lilin yang disimpan dalam rumah dah habis digunakan dan anda terpaksa bergelap kerana tiada sebarang alat cahaya ketika emergency. Jangan risau, jika keadaan sebegini berlaku lagi selepas ini, anda boleh guna cara DIY lilin hanya menggunakan cotton bud.

Katanya dengan menggunakan cotton bud ini, lilin dapat bertahan selama berhari-hari!

Baca juga: Tips Hilangkan Kesan Hangus Pada Seterika Guna Panadol, Jadi Baru Terus!

DIY LILIN GUNA COTTON BUD, TAHAN BERHARI-HARI!

Tips jika bila lampu mati atau tiada elektrik. Buat lilin sendiri, tahan lama berhari-hari..

Bahan-Bahan :

* Gelas

* Air

* Minyak Goreng

* Cotton Bud

Cara-cara :

1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.

2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibagian tengah.

3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.

4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.

5. Nyalakan guna mancis atau lighter.

Tahan sampai berhari-hari! Semoga bermanfaat..

Sumber: Anisah Connie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×