DIY & Kraf

Alamak Elektrik Terputus Pulak! Bertenang, Ini 4 Cara Buat Pelita, Boleh Tahan Sampai Pagi!

11
SHARES
cara buat pelita sendiri

“Alamak! Eletrik tak ada, lilin pun tak ada..”

Bila berhadapan dengan situasi di atas, langkah pertama yang kita akan lakukan mestilah nyalakan lilin. Tapi kelam-kabut dibuatnya bila lilin pun tak ada stok di rumah. Alamak! Terpaksalah bergelap sehingga bekalan elektrik berjaya disambungkan semula.

Sebenarnya,  boleh sahaja buat sendiri pelita di rumah seperti yang dikongsi oleh pengguna Facebook di mana hanya memerlukan empat bahan sahaja. Pasti anda tertanya-tanya macam mana cara buat pelita sendiri kan? Kalau nak tahu kena ikuti penerangan lanjut ini.

Baca juga: Kena Buat 5 Senarai Kecemasan Ini Sebelum Berlaku Bencana, Penting!

CARA BUAT PELITA SENDIRI GUNA 4 BAHAN, BOLEH TAHAN SAMPAI PAGI

cara buat pelita sendiri

Pengalaman mengajar kita. Tahun lepas masa musim banjir, banyak hari kami terputus bekalan elektrik. Jika harapkan lilin, memang cepat habis. Maka bergelaplah kita. Masa tu dapat satu ilmu untuk buat pelita sendiri. 

Bahan-bahannya mudah sahaja:

1. Minyak masak atau minyak masak terpakai. Dalam kondisi banjir ni, kalau tiap hari guna minyak masak, kering juga la minyak dekat dapur tu kan. Jadi bolah manfaatkan minyak masak terpakai.

2. Beras atas pasir yang kering. Kalau tak ada beras, boleh je guna pasir. Dah cuba dua-dua. Kedua-duanya okay.

3. Mug, bekas kaca atau tin. Boleh guna mana-mana. Tapi kalau guna bekas kaca cahayanya lagi terang. Dah cuba juga guna tin sardin pun okay.

4. Kain cotton atau apa-apa kain yang dirasakan sesuai boleh dijadikan sumbu. Boleh juga guna material yang pada mop yang belum digunakan lagi. Potong sikit.

cara buat pelita sendiri

Cara-caranya letak beras atau pasir dalam bekas kaca, mug atau tin. Letak sumbu. Tuang minyak. Nyalakan api. Jangan lupa baca bismillah.

Boleh letak pelita ini dekat mana-mana tempat yang sesuai. Tutup api bila nak tidur atau letak pelita buatan ini di tempat selamat. Jangan letak dekat dengan langsir pulak. Bahaya. Minyak boleh ditambah bila dah berkurang.

Semoga bermanfaat buat semua.

Sumber: Facebook Nur Masitah Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×