DIY & Kraf

Jangan Buang Minyak Lebihan Menggoreng, Rupanya Boleh Jadi Sabun Basuh Pinggan!

5.7K
SHARES

“Apa nak buat dengan minyak yang dah guna ni..takkan nak buang?sayangnya..”

Setiap kali lepas menggoreng, pasti ramai yang tak tahu mana nak buang minyak masak yang telah dipakai. Dah lah minyak tak boleh digunakan berulang kali, sekali dua goreng dah tak boleh pakai. Sebenarnya untuk elakkan pembaziran, minyak yang telah digunakan tu boleh dijadikan sabun basuh pinggan. Jadi, wanita ini telah kongsi cara mudah buat sabun hanya gunakan minyak lebihan menggoreng pasti lebih jimat!

MINYAK LEBIHAN MENGGORENG JADIKAN SABUN BASUH PINGGAN

Minyak lebihan menggoreng tu memang Kak Eli tak buang. Kumpulkan dalam satu bekas dan bila rajin datang buat lah sabun basuh pinggan. Untuk makluman, sabun yang sebenar sabun adalah diperbuat dari minyak. Buih tu nanti pun datangnya dari minyak. Zaman dulu-dulu mana lah ada bahan-bahan sintetik macam sekarang untuk jadikan sabun kan?

Jadi inilah caranya. The most traditional way for soap making. Juga penting untuk orang zaman sekarang yang nak mengurangkan penggunaan bahan sintetik dan salah satu survival skill yang wajib ada andainya darurat dan keperluan mendesak satu hari nanti.

BOLEH JUGA JADIKAN SABUN BADAN, SABUN BASUH BAJU.

Dengan minyak, kita boleh proses jadikan sabun badan, sabun basuh baju, sabun basuh pinggan, sabun minyak zaitun untuk kulit sensitif, semua ada resepi dan penerangan jelas didalam group. Yang penting ia semulajadi dan alami. Jadi hari ini Kak Eli tunjukkan cara buat sabun basuh pinggan. Semudah abc.

Minyak goreng yang terkumpul Kak Eli tapis dan timbang. Lebih dari sekilo rupanya. Ini adalah lebihan minyak goreng ikan, ayam, ikan bilis, ikan masin, keropok you name it. Hahaha. Jangan dibuang please. Jom buat sabun.

Masukkan bancuhan lye. Oh untuk proses jadikan sabun mesti ada resepinya, mesti faham proses-prosesnya, mesti tahu keselamatan dan tertibnya. Tidak boleh sembrono bancuh. Tapi kalau dah tahu, senang saja rupanya.

Kacau dan kacau menggunakan whisk. Kalau kita gunakan minyak terpakai memang bancuhan kita ni jadi oren pekat. Doesn’t matter. Ianya tetap bahan semulajadi iaitu minyak.

Sebati sebegini bermakna semua bahan tadi dah bersatu dan sekata.

Dengan konsep jangan membazir kita gunakan saja perkakas atau bekas yang ada didapur. Tupperware, tipuware, bekas doorgift kenduri kahwin apa saja. Sudah Siap! Tunggu kering dan nanti boleh guna untuk sabun basuh pinggan. Warna sabun kita ni akan bertukar cerah don’t worry. Mudah kan?

Maka dengan itu siaplah sabun basuh pinggan natural kita. Minyak dan lye tadi dah tak wujud dah. Yang tinggal cuma seketul sabun asli dari bahan semulajadi. Ni buat banyak sekaligus ni nanti boleh bagi pakcik Baha, mak mertua, adik beradik, ipar duai hahahah. Tak payah beli sabun basuh pinggan dan. Kita pun tak membazir.

Nota: Tidak boleh cuba buat sendiri dirumah tanpa belajar terlebih dahulu kerana untuk buat sabun ini ada proses kimia yang perlu dilalui.

Sumber: Suhaili Baharudin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×