Famili

DIY Multipurpose Dust Spray Di Rumah Untuk Hilangkan Kotoran Sekelip Mata!

810
SHARES

“Penatnya nak tonyoh celah-celah tingkap ni setiap minggu..”

Setiap wanita memang dah jadi rutin mingguan untuk sental segala habuk dan kotoran yang lekat pada perabot, dinding dan banyak lagi. Jadi, ini cara mudah untuk buat multipurpose dust spray di rumah untuk hilangkan segala kekotoran.

Saya ni memang suka tip & trik yang memudahkan urusan harian. Bila jumpa macam-macam tip, mesti saya simpan & cuba bila berkesempatan. Banyak resipi buat dust spray ni sebenarnya, cara paling senang guna air & softener. Tapi lepas cuba beberapa resipi, setakat ni inilah resipi dust spray yang paling saya berpuas hati sebab ia serbaguna.

MULTIPURPOSE DUST SPRAY


Pernah baca komen netizen, cakap orang yang gunakan spray untuk elak habuk melekat ni orang yang malas. Pada saya, adanya tip macam ni bukannya bermakna boleh culas & bermalasan tapi sekadar memudahkan serta mempercepatkan kerja-kerja rumah & urusan harian. Nak-nak ramai isteri yang bekerja & faktor kekangan masa. Tu belum lagi yang ada anak kecik/anak yang tengah melasak ataupun wanita mengandung. So tip-tip macam ni lah dapat membantu jimatkan masa/tenaga.

BAHAN-BAHAN

¼ cawan cuka

1¼ cawan air

3 sudu kecil minyak zaitun

1 sudu makan pencuci pinggan (optional)

Sedikit essential oil (optional)

Campur semua bahan dalam botol spray. Goncang sebelum guna.

Nota:

1.Guna botol spray transparent supaya mudah nampak atau buat reminder pada botol supaya tak lupa.

2.Saya buat 2 botol spray sebab guna 2 wangian berbeza.

3.Saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air supaya larutan cuka tak terlalu pekat/terlalu cair.

4.Cuka memudahkan menanggalkan kotoran, juga sebagai agen pembasmi kuman.

5.Minyak zaitun berfungsi untuk mengilatkan & melindungi permukaan kayu.

6.Pencuci pinggan mampu menanggalkan kotoran secara lembut.

7.Essential oil berfungsi memberi kesegaran & mengurangkan bau cuka.

Pastikan

1.Sebaik-baiknya gunakan minyak zaitun. Saya tak jamin penggunaan minyak masak biasa (sawit) boleh berikan hasil yang sama untuk perabot kayu (bila bertindakbalas dengan cuka).

2.Jangan gunakan pencuci pinggan yang bundle sebab bahan kimianya agak tinggi & boleh rosakkan sesetengah permukaan perabot.

3.Jika risau perabot yang agak sensitif, cuba spray sikit dahulu dibahagian yang tersorok/paling bawah untuk uji keserasian.

4.Paling penting , goncang setiap kali sebelum guna supaya larutan minyak & air bercampur.

Kegunaan:

1.Kurangkan habuk melekat pada perabot & kipas.

Mengurangkan habuk tak bermakna habuk langsung tak lekat ye.. Cuma lebih mudah nak bersihkan habuk & menjimatkan masa.

2.Mengilatkan perabot kayu

Bukan setakat kabinet, pemegang dulang dari kayu pun saya gunakan spray ni sebab kilatannya memang cantik.

3.Menaikkan warna & melindungi sofa dari kulit sintetik

Boleh bersihkan kotoran & menaikkan warna sofa yang dah kusam.

4,Mengurangkan habuk terkumpul pada gril pintu & lapisan minyaknya mengelakkan dari berkarat

Rumah dekat dengan jalan besar ni, manjang je habuk & debu bertepek dekat gril.. Walaupun saya spray sesekali jer, memang nampak perbezaan dgn sebelum ni..

5.Membersihkan & melicinkan trek pintu/tingkap jenis sliding serta melancarkan trek yang tersangkut

Kekadang hujan lebat sangat, kena jugak sikit-sikit tempias air dekat pintu/tingkap sliding. Lama-lama mesti trek tersangkut-sangkut. Saya spraykan je untuk lancarkan balik.

6. Sebagai lapisan perlindungan dari kotoran untuk jubin dinding & sinki.

Saya selalunya basuh toilet hujung minggu. Hari biasa ni sental memane yg sempat je. Tak boleh lama-lama dalam bilik air sebab anak tengah melasak.. Guna spray ni memang mudah nak bersihkan jubin & di celah-celah. Toilet yang jarang guna (untuk tetamu) pun saya spraykan pada jubin & sinki.

Pastikan bersihkan dahulu jubin & sinki seperti biasa, kemudian barulah gunakan spray ni. Spray secara menyeluruh terutama dicelah-celah jubin. Sebaik-baiknya gunakan span atau kain microfiber untuk ratakan air (supaya semua permukaan kena). Penggunaan spray membantu kurangkan kotoran yang melekat. Next time kerja-kerja bersihkan jubin dinding & sinki akan lebih mudah & cepat. Toilet pun jadi wangi je lepas spray (kalau letak essential oil la..) Spray sekurang-kurangnya seminggu sekali/lepas basuh/bila perlu.

Semoga bermanfaat. (Harap tip ni dapat bantu mudahkan kerja-kerja rumah & urusan harian anda juga)

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×