DIY & Kraf

Tips Paling Senang Nak Tanggalkan Cebisan Tisu Yang Melekat Pada Baju Dalam Mesin Basuh

1.8K
SHARES
basuh baju

Alamak! Mesti tak sah kalau tak ada momen apabila kita terlupa atau tertinggal tisu yang telah digunakan dalam poket baju atau seluar semasa basuh baju dalam mesin bukan? Inilah yang menjadikan pakaian yang siap dibasuh penuh dengan cebisan tisu yang melekat di atas kain. Stresnya nak buang!

Jangan stres lagi kerana ada satu tips dari orang Jepun tentang cara paling senang untuk menghilangkan cebisan tisu ini serta-merta. Tak perlu nak belek satu-satu untuk buang lagi kerana kita dah boleh guna cara menjimatkan masa dan tenaga ini. Jom cuba!

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

BASUH BAJU TERLUPA BUANG TISU? INI TIPS NAK TANGGALKAN CEBISAN DENGAN MUDAH!

basuh baju

Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsikan salah satu solusi kepada masalah yang sering menghantui orang yang seringkali terlupa mengeluarkan tisu dalam poket dan caranya cukup mudah. Disebabkan itu ciapan di laman Twitter ini telah mendapat lebih 500k tanda suka menunjukkan betapa ramainya dalam kalangan kita yang berdepan dengan masalah ini.

Caranya sangat mudah, apa yang anda perlu lakukan jika dapati pakaian telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh adalah, ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.

Menariknya, selepas kitaran dan proses menambah pelembut pakaian itu, tisu yang melekat pakaian tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan warganet turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat. Mudah! Tapi jangan risau, buat anda yang tidak mempunyai mesin dryer di rumah, boleh sahaja gunakan cara yang pertama sahaja.

basuh baju

*Semoga bermanfaat dan tak perlu nak membelek baju untuk membuang cebisan tisu satu-satu dah!

Baca juga: DIY Spray Penyedut Habuk Di Perabot, Sekali Sembur Dah Tak Melekat!

Sumber: Twitter @yukino

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×