DIY & Kraf

DIY Dapur Mini Kreatif Guna Kotak Terpakai Untuk Anak, Nampak ‘Real’!

306
SHARES

Menjelang musim cuti sekolah ini, ibu akan menjadi lebih tertekan kerana anak-anak berada di rumah dan mengganggu rutin harian ibu untuk mengemas dan memasak. Oleh itu, para ibu boleh cuba DIY dapur tersendiri untuk anak supaya mereka juga boleh bermain sambil ibu menyiapkan kerja rumah, anak perempuan mesti suka!

DIY DAPUR UNTUK ANAK

“Aktiviti cuti sekolah projek DIY kotak-kotak terpakai bersama anak-anak. Jimat pun jimat modal RM20++ di ECO. Walaupun ibu tak kreatif sangat, tapi bolehla buat suka anak-anak.”

HANYA GUNAKAN KOTAK TERPAKAI

Susunkan kotak-kotak di satu ruang kosong dan lapang. Balutkan kotak-kotak tersebut dengan wallpaper yang anda suka. Gunting sedikit kotak untuk bolehkan oven dan mesin basuh anak dibuka dan ditutup.

LETAKKAN PINGGAN, MANGKUK & PERALATAN MEMASAK

Untuk nampak lebih menarik, letak dan susun mainan masak-masak lengkap bagi menghias dapur mini. Anak-anak pun lebih seronok bermain kerana rasa lebih ‘real’. Tak susah pun kan?

*Lepasni, anak pun boleh main di ruang dapur mininya tanpa mengganggu para ibu kan?

Sumber: Dila Dell

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×