Deko & Hias

3 Trik Menghias Kediaman Dengan Bajet Rendah. Kena Kreatif!

12.6K
reads
cara hias rumah

“Bila tengok orang lain ‘renovate’ rumah, terasa jugak nak cantikkan rumah. Tapi tu lah semuanya pakai duit yang banyak. Hmmm… Tak semestinya juga kan? Mesti ada cara hias rumah secara bajet. Yang penting, nampak cantik dan harmoni.”

Bila sebut tentang dekor, memang ramai yang beranggapan bahawa kos dekor sangat mahal. Sebab itu ramai yang memilih untuk menghias kediaman secara sederhana.

Sebenarnya, kalau tahu cara hias rumah sendiri, tidak perlu mengupah pakar. Maka, boleh dilakukan sendiri mengikut bajet sedia ada.

Apa yang perlu adalah IMAGINASI dan KREATIVITI.

Foto Kredit: homerical.com

Foto Kredit: homerical.com

3 Cara Hias Rumah Dengan Bajet Rendah. Kena Kreatif!

Ini 3 cara hias rumah dengan jimat. Idea ini boleh diaplikasikan pada semua jenis rumah walaupun rumah sempit, rumah kos rendah, atau pangsapuri.

1. Ceriakan dinding yang kosong

Selain cat dan kertas dinding , anda boleh:

  • Tampal WALL DECO 3D yang banyak dijual di kedai serbaneka dengan pelbagai rekaan menarik. Ia juga mudah ditanggalkan apabila anda ingin mengganti dengan rekaan baru.
  • Lekat PETA tempat-tempat yang sudah anda travel. Puas hati bukan bila tengok banyak negara yang anda sudah kembara?
  • Pamer HASIL KRAF TANGAN anda. Bukan semua orang miliki bakat seperti anda. Mana tahu ada yang sukakannya dan mengupah anda untuk melakukan yang sama di kediamannya.
  • Penuhi dengan GAMBAR BERBINGKAI sama ada koleksi keluarga, koleksi kegemaran dan banyak lagi.

 

Contoh wall deco 3d. / Foto Kredit: mywallart.com

Contoh wall deco 3d. / Foto Kredit: mywallart.com

 

Contoh peta minimalis yang menggunakan 'vinyl sticker'. / Foto Kredit: bouf.com

Contoh peta minimalis yang menggunakan ‘vinyl sticker’. / Foto Kredit: bouf.com

 

cara hias rumah

Dekorasi dinding dengan ‘washi tape’. Menarik! / Foto Kredit: pinterest.com

 

Foto Kredit: notonthehighstreet.com

‘Frame’ digunakan dengan tersusun untuk memenuhi dinding kosong. / Foto Kredit: notonthehighstreet.com

2. Upgrade perabot

Selain beli perabot yang baru, anda boleh:

  • Menyegarkan penampilan misalnya membuat SARUNG BARU yang cantik pada kerusi atau bangku.
  • Serikan perabot atau sarung kusyen yang kosong dengan MENAMBAH WARNA ceria mengguna pelbagai alatan seperti sequin atau kain perca.

 

Foto Kredit: pinterest.com

Membuat sarung baru pada kerusi lama. / Foto Kredit: pinterest.com

 

cara hias rumah

DIY sequin pada sarung kusyen yang nampak ‘kosong’. / Foto Kredit: youtube.com

cara hias rumah

‘Stamping’ pada sarung kusyen yang polos. Foto Kredit: brit.co

3. Recycle bahan-bahan yang tidak digunakan lagi

  • Koleksi buku hard cover atau yang tebal jangan dibuang. Stack buku secara menegak dan…. tada! Ia bertukar menjadi MEJA SISI.
  • Begitu juga dengan majalah-majalah lama. Susun cantik-cantik dan ikat. Ia boleh dijadikan sebagai BANGKU.
  • Gantung majalah atau buku resipi pada hanger baju. Ia juga memudahkan anda mencapainya apabila perlu.

 

cara hias rumah

Majalah lama dijadikan kerusi atau bangku. / Foto Kredit: odditymall.com

 

Guna semula tayar untuk dijadikan tempat duduk. / Foto Kredit: pantip.com

Guna semula tayar untuk dijadikan tempat duduk. / Foto Kredit: pantip.com

 

cara hias rumah

Menggunakan penyangkut baju sebagai deko yang berfungsi. / Foto Kredit: pinterest.com

Simple bukan?

Siapa kata perlu berbelanja lebih untuk cantikkan kediaman. Bahan yang murah apabila digunakan secara kreatif, boleh memberi impak yang besar pada rumah anda.

Aplikasikan cara hias rumah di atas sebagai panduan menghiasi kediaman tanpa ‘mengoyakkan poket’ anda!

Yang Popular

To Top