Deko & Hias

Cara DIY Wainscoting, Sentuhan Magis Untuk Dinding Rumah Nampak Mewah Macam Hotel!

2
SHARES
diy wainscoting

Cantiknya bila tengok hiasan dalaman dinding hotel mewah menggunakan dekorasi wainscoting bukan? Sebenarnya, anda boleh DIY wainscoting ini di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang besar.

Dekorasi ini bukan sekadar hiasan, malah pada asalnya ia berfungsi untuk melindungi dinding daripada kerosakan dan bertindak sebagai penebat. Jom kita cuba DIY sahaja!

Baca juga: Pakar Minta Elak Pakai Warna ‘HIJAU MISKIN’ Ini Untuk Deko Rumah, Ada 5 Hijau Yang Lebih Cantik!

CARA DIY WAINSCOTING DI RUMAH, NAMPAK MACAM MAHAL!

diy wainscoting

Bahan-bahan:

-Kayu/PVC wainscoting
-Gam
-Gap filler
-Pistol gam
-Gergaji gigi halus dan pemegang
-Paper tape
-Pita ukur
-Pembaris L
-Cutter
-Marker pen
-Penimbang air

Cara-caranya:

1.Sediakan peralatan seperti di atas. Dalam rujukan menggunakan PVC wainscoting bersaiz kecil iaitu 4cm dan besar 8cm.

diy wainscoting

2.Anda kena plan nak buat design dinding macam mana. Mula-mula ukur tinggi dan lebar dinding yang anda nak buat wainscoting itu. Lepas itu kira dekat atas kertas, setiap kotak atas bawah kiri kanan jarakkan dalam 4 inci.

3.Lepas dah lukis atas kertas, saya akan lukis pula dekat dinding. Jadi masa nak pasang memang senang sebab dah ada ukuran. Masa ini penggunaan penimbang air adalah sangat penting.

4.Tanda di setiap kayu untuk memudahkan proses semasa memotong. Ukur dan tanda guna sesiku L.

5.Wainscoting PVC ini sangat senang nak potong sebab lembut berbanding dengan kayu. Untuk potong bahagian tengah boleh guna cut mesin, tapi untuk potong bahagian tepi/ bucu, boleh guna gergaji kecil untuk elakkan wainscoting rosak. Mark siap-siap di kayu wainscoting tu supaya tidak salah potong.

6.Gam wainscoting secara zig zag untuk lebih kuat lekatannya dan terus tampal paper tape, biarkan semalaman untuk betul-betul kuat.

7.Bila gam dah betul-betul kering, proses untuk kemasan pula. Lebihan gam boleh dikikis guna pisau, senang saja bila gam dah keras.

8.Untuk bahagian tepi/bucu yang kosong dan ada lubang tu boleh sapu dengan gap filler. Boleh beli dalam bekas atau botol. Guna botol lebih senang dan tangan pun tak comot, lepas itu sapu saja dengan kain basah terus tak nampak lubang-lubang.

*Dah siap, cantiknya!

Baca juga: Rahsia Rumah Bau Harum Semerbak Macam Hotel Guna Limau Nipis, Jiran Pun Tegur!

Sumber: Fieza Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×