Deko & Hias

Cara Mudah Untuk ‘Tukar’ Rumah Jadi Tempat Paling Bahagia Lepas Balik Kerja

244
SHARES

Pernah tak rasa serabut setiap kali balik dari office? Sebenarnya, environment dan vibes rumah sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi mood anda sepanjang berada di rumah. Ni 5 cara mudah untuk jadikan rumah anda lebih selesa dan dijamin anda akan sentiasa berada dalam good mood.

1.Susun barang dengan teratur

Bila sebut tentang susun atur dengan konsep minimalis, Marie Kondo mengamalkan buang benda yang tidak diperlukan. Barang yang banyak dan bertaburan akan membuatkan otak mudah serabut, jadi, buang barang-barang yang tak diperlukan supaya lebih banyak ruang dan nampak lebih kemas.

2.Interior design

Ramai mungkin berfikir warna dinding hanya sekadar penyeri dinding. Tahukah anda, warna dinding boleh mempengaruhi mood seseorang. Warna seperti hijau dan kuning melambangkan warna gembira. Bukan itu saja, pemilihan perabot ‘curved’ digambarkan lebih selesa berbanding perabot yang ‘point edges’.

3.Sediakan ‘happy space’

‘Me time’ adalah masa yang diluangkan untuk diri sendiri. Ia boleh diluangkan dengan membaca buku kegemaran di ruang ‘happy space’. Kebiasaannya, waktu ‘me time’ itu anda akan merehatkan minda dan ‘rechagre’ diri untuk keesokan harinya.

4.Letakkan pewangi

Bau bauan wangi dan relaxing perlulah diletakkan di dalam rumah kerana ia juga akan mempengaruhi mood ketika berada di rumah. Jika anda berasa stress, bauan seperti lavender essential oils membantu mengurangkan tekanan anda dan akan merasa lebih relax.

5.Go green

Bercakap dengan tumbuhan juga merupakan terapi mood dan kesihatan anda. Walaupun harian anda di bandar yang kurang hijau, letakkan pokok-pokok kecik di dalam rumah. Selain itu, warna hijau juga dikenali sebagai warna yang boleh tenangkan otak anda.

*Jadi, dah happy ke belum tu?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×