Deko & Hias

‘Tak Rugi Ke Deko Rumah Sewa?’- Wanita Ini Berjaya ‘Transform’ Rumah Sewa Jadi Lebih Moden!

1.3K
SHARES

“Macam mana lah nak ceriakan rumah ni…nak balik rumah pun tak de mood..”

Sudah menjadi impian semua orang untuk miliki rumah yang cantik dan kemas kerana rumah adalah tempat untuk beristirehat dan tenangkan diri. Sebenarnya, hiasan dalam rumah memainkan peranan penting untuk buatkan rumah nampak lebih ceria. Tak perlu tunggu miliki rumah sendiri untuk jadikan impian jadi realiti, rumah sewa juga boleh tau. Jadi, wanita ini telah kongsi deko rumah sewanya yang akan buatkan anda tak nak keluar rumah!

DEKO RUMAH SEWA

Warna cat : sedia ada dari tuan rumah, bench kayu : handmade, pokok Hidup : range RM5-RM7 je kat nursery

Orang selalu tanya “TAK RUGI KE DEKO RUMAH SEWA?”.. Dan saya selalu jawab, TAK. Rumah ni tempat saya dan pasangan bina ‘keluarga’. Rumah yang saya perlu lihat setiap hari. Rumah yang suami pulang kerja untuk berehat. Dan rumah tempat anak-anak membesar dan belajar.

TUKAR MANA PERLU

Sofa biru : Joy Design Studio, karpet bulus : Carpet Prima Sdn Bhd, pokok palsu : Abylla Home Decor, tikar getah : AlAqsa Carpets.

Tak perlu la semangat sangat sampai nak pasang wardrobe ke pasang kitchen cabinet ke kan. Cukup sekadar bagi ada rupa. Tukar tikar getah sedap mata memandang. Cat dinding mane dah tak elok rupa. Tukar Kipas baru (All ni dapat nego dengan tuan rumah tolak duit sewa. Janji kita jaga rumah dia).

Kabinet kasut : LAZADA, karpet runner : Mr.Diy, cermin bulat & jam: Kaison, pokok palsu : Abylla Home Decor, tikar getah : AlAqsa Carpets.

Wallpaper : VR Star, Nilai 3, frame : Kedai 2nd Hotel, kerusi plastik : barang buangan.

DAPUR

Meja : LAZADA, kerusi putih : LAZADA (Cassa), kerusi kuning : LAZADA (Attic Furniture), wallpaper & frame : Kaison, langsir : IKEA.

Table runner : Kaison, plate mat : IKEA, pinggan : Eco Shop.

BILIK TIDUR

NO KATIL, alas 4pcs pallet sahaja (raw pallet, RM15/petak), fake-headboard pakai tape hitam.

NO KATIL, letak tilam je terus kat lantai, fake headboard, kotak balut wallpaper.

Closet LAZADA, tips : cari yang besi hitam, besi kelabu tak tahan. Besi nipis.

Bilik air pun ala-ala romantik.

Wallpaper : Eco Shop, cermin : Mr.Diy (RM10 je), lampu diy dgn barang Eco Shop.

Kitchen surface asal simen, balut dengan wallpaper Eco Shop, dinding pakai kertas mahjung hitam (pakai double tape halus keliling kertas saja). Kain langsir tutup dapur, custom.

Lampu : IKEA (KVART), bekas telur : bakul Eco Shop spray gold

Rak : Giant, roda rak : Eco Shop, balang : Eco Shop & Mr.Diy, alas kaki : Eco Shop (gabung 3 pcs)

Cantik kan decorations macam ni? Nampak simple dan moden.

Sumber: Abylla Amjah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×